KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan beliau mengenai Pandora Papers yang melibatkan beberapa figura terkemuka, dalam masa terdekat.
Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menjelaskan, beliau telah meminta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya untuk mengarahkan pegawainya untuk berjumpa Ahli Parlimen Port Dickson itu bagi merekodkan keterangan.
Namun demikian katanya, keputusan sama ada untuk membuka atau sebaliknya kertas siasatan adalah bergantung kepada hasil perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi yang terlibat.
"Sama ada kita buka atau tidak kertas siasatan, kita kena bincang dengan pihak Bank Negara Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan.
"Beri sedikit masa untuk kita buat appointment dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Anwar sebelum ini dilaporkan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung siasatan terhadap pendedahan Pandora Papers yang dibuatnya di Parlimen sejak 2012.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Pandora Papers.
Pandora Papers adalah laporan berhubung ratusan pemimpin dunia termasuk ahli politik didakwa menyembunyikan wang dan pelaburan mereka seperti hartanah, kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lepas.
Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki oleh 14 firma di serata dunia.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 18 2021

Azam Baki menjelaskan, beliau telah meminta Ahmad Khusairi Yahaya untuk mengarahkan pegawainya untuk berjumpa Anwar Ibrahim bagi merekodkan keterangan. - Foto BERNAMA

Kejohanan Wimbledon: Maria sertai senarai legenda selepas tewaskan Ostapenko
Tatjana Maria menyertai senarai legenda apabila mencipta kejutan mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon dengan menewaskan Jelena Ostapenko malam tadi.
![[TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu [TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976463/38269422741656915041898_640x360.jpg)
[TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu
Ini kenyataan baharu yang dikeluarkan Istana Alam Shah kenyataan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang baginda memaklumkan telah menonton filem Mat Kilau.

Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.

2.4 juta kenderaan dijangka ke Pantai Timur sempena Aidiladha
Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan 704,000 di LPT1 kali ini sempena Aidiladha.

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

SPRM: Institusi kewangan diseru salur maklumat transaksi mencurigakan
Institusi kewangan perlu menyalurkan maklumat kepada SPRM sekiranya terdapat kemasukan wang dalam jumlah yang banyak serta mencurigakan bagi menangani jenayah rasuah di negara ini.

Dana politik: SPRM siasat nama yang disebut dalam kes Zahid Hamidi
SPRM mengesahkan telah menerima aduan terhadap individu-individu berkenaan, seperti yang dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan.

Rasuah: Pegawai penguatkuasa direman sehari berhubung kad UNHCR
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Syafiqah Noorinda di Lokap Berpusat Dang Wangi hari ini.

Koop Sahabat ikrar bebas rasuah
Warga kerja Koperasi Sahabat Amanah Ikhtikar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) menyatakan komitmen untuk bebas rasuah.

Enam dilantik ahli panel pemantau bebas SPRM
Surat cara pelantikan PPO dan PPPR itu telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Anggota polis didakwa terima sogokan, dorongan tutup kes
Seorang annggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM16,000 pada Februari lalu.

Siasatan kes hakim Mohd Nazlan selesai, SPRM serah kertas siasatan
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah selesai melakukan siasatan kes itu.

Siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan langgar prinsip pengasingan kuasa - Farhash
Kecenderungan berterusan kepada campur tangan atau tekanan politik terhadap mana-mana anggota badan kehakiman harus dihentikan.

SPRM pandang serius dakwaan pegawai bertindak kasar
Siasatan lanjut berhubung dakwaan itu sedang dijalankan dan jika terdapat salah laku, tindakan sewajarnya akan diambil.

SPRM sahkan tiada unsur rasuah dalam projek jeti kayu RM50,000 - Sumber
SPRM telah menjalankan pemeriksaan terhadap jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap di Miri, Sarawak baru-baru ini dan tidak mendapati ada sebarang unsur rasuah dalam projek itu.