awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandora Papers: Individu boleh buka akaun bank luar pesisir - Tengku Zafrul

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/10/2021
03:36 MYT
Pandora Papers: Individu boleh buka akaun bank luar pesisir - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata aktiviti melibatkan luar pesisir dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority (LFSA). -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memaklumkan mana-mana individu boleh membuka akaun bersama bank-bank berlesen termasuk akaun luar pesisir.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, aktiviti melibatkan luar pesisir dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority (LFSA)
Katanya, kawal selia itu melalui penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 (Akta 704) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Sekuriti Islam Labuan 2010 (Akta 705).
"Walau bagaimanapun semua pelanggan yang membuka akaun di bank berlesen yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau akaun di bank luar pesisir oleh LFSA.
"Ia hendaklah lulus proses usaha wajar pelanggan atau Customer Due Diligence.
"Ia seperti disyaratkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Tengku Zafrul berkata demikian menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang bertanya apakah usaha kerajaan untuk membawa pulang wang yang dianggarkan trilion ringgit seperti didedahkan dalam laporan Pandora Papers.
Pandora Papers | Individu boleh buka akaun pesisir luar - Tengku Zafrul
Semalam, media mendedahkan laporan Pandora Papers berhubung ratusan pemimpin dunia termasuk ahli politik didakwa menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lepas.
Laporan tersebut didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki 14 firma di serata dunia.
Memberi reaksi kepada laporan tersebut, Tengku Zafrul dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, beliau telah melepaskan kesemua pelantikan sebagai eksekutif dan pengarah dalam Kumpulan Kenanga Holdings Bhd pada Jun 2010 setelah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd.
Jelas Tengku Zafrul lagi, sektor kewangan negara turut dikawal selia oleh BNM melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759).
Dalam masa yang sama, beliau berkata siasatan yang dijalankan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) adalah melibatkan kebocoran rekod sulit 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir di seluruh dunia.
Katanya, firma tersebut memberikan perkhidmatan profesional kepada individu atau syarikat untuk menubuhkan syarikat pesisir, yayasan atau entiti lain yang membuka akaun-akaun di negara-negara yang mempunyai kelemahan dalam perundangan kewangan.
"Tetapi kita (Malaysia) bukanlah salah satu negara yang mempunyai kelemahan begitu," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Lim Guan Eng
#Tengku Zafrul
#Pandora Papers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan