awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali

Bernama
Bernama
05/11/2024
13:24 MYT
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Yusri pada sidang media selepas perhimpunan bulanan pengarah JSPT Bukit Aman di sini hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sebanyak 6,013 kes kemalangan dengan 60 kematian direkodkan sepanjang sambutan Deepavali selama empat hari bermula 31 Okt lepas.
"JSPT telah melaksanakan 388 operasi di seluruh negara dan menahan 97 individu atas pelbagai kesalahan serta menyita 647 kenderaan.
"91 tangkapan telah dibuat membabitkan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987; diikuti kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (3); Kanun Keseksaan (2) dan lain-lain (1)," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan pengarah JSPT Bukit Aman di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya juga telah menjalankan 119 Op Samseng Jalanan sepanjang tempoh berkenaan dan membuat 45 tangkapan bagi kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987, kesalahan nombor pendaftaran kenderaan palsu/fansi (2), lain-lain tangkapan (4) serta 328 motosikal disita.
Dalam pada itu, Yusri berkata jumlah kemalangan membabitkan motosikal menunjukkan penurunan sebanyak 10.01 peratus dengan 2,461 kes direkodkan dari 12 Ogos sehingga 12 Sept lepas, berbanding 2,735 kes dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
"Begitu juga kemalangan maut yang menunjukkan penurunan 113 kes atau 26.03 peratus iaitu 321 kes tahun ini berbanding 434 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
"Jumlah kematian membabitkan penunggang dan pembonceng pula menurun kepada 324 kematian berbanding 436 kematian tahun lepas," katanya.
Justeru, beliau berkata JSPT akan meneruskan operasi dan tangkapan dalam menangani isu peningkatan kes kematian akibat kemalangan, terutama penunggang dan pembonceng motosikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#Op Samseng Jalanan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan