KUALA LUMPUR: Rezeki tidak pernah salah alamat! Demikian kata Dr Iznee Adlina Mohd Sofi yang terpilih daripada 1.8 juta jemaah yang kini berada di Tanah Suci.
Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur, Dr Iznee berkata dia seolah-olah tidak percaya apabila namanya tersenarai untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.
Ini kerana mengikut perancangan awal, panggilan menunaikan haji beliau adalah pada tahun 2073.
Namun selepas permohonan rayuannya untuk menemani suami, Ahmad Hafizuddin Shamsul Bahri diluluskan, dia akhirnya selamat tiba di Mekah pada 5 Jun lalu.
“Saya anggap ini hadiah terhebat yang Allah SWT telah kurniakan buat saya yang tidak pernah saya jangka.
“Kalau ikutkan giliran tunai haji saya masih ada 50 tahun lagi daripada sekarang.
"Bila dapat tahu rayuan untuk mengikut suami diluluskan, saya tengok skrin telefon banyak kali.
"Ketika itu saya tengah hadiri kursus. Senyum sampai ‘telinga’ waktu itu.
"Macam tak percaya dijemput untuk mengerjakan Rukun Islam kelima tahun ini,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini, suaminya mula memiliki akaun simpanan Tabung Haji (TH) sejak lebih 14 tahun lalu.
“Alhamdulillah ia kelebihan kepada mereka yang sudah berdaftar lebih awal dan dipanggil dan menunaikan haji pada usia muda sebelum mencapai umur 40 tahun.
“Saya sangat bersyukur dengan peluang menjadi Dhuyufurrahman pada tahun ini.
"Apa-apa pun, ia adalah panggilan dari Allah, syukur Alhamdulillah” katanya yang juga sudah mula mendaftar haji untuk dua anaknya ketika masih bayi.
Berkongsi pengalaman di sana, Dr Iznee memaklumkan gembira dapat menjejakkan kaki buat kali pertama di tanah suci Mekah.
“Masa mula nampak Kaabah, tak boleh digambarkan perasaan saya. Sayu, gembira, teruja, semua ada.
"Bila dekat tanah air, saya hanya nampak Kaabah atas dalam TV, atas sejadah, kali ini depan mata. Subhanallah.
“Tambahan pula saya berpeluang berjumpa dengan sahabat karib dari zaman persekolahan.
"Ini betul-betul hadiah terindah daripada Allah SWT buat saya,” akhirnya penuh syukur.
Faida Rahim
Thu Jun 29 2023

Selepas permohonan rayuannya untuk menemani suami, Ahmad Hafizuddin (kiri) diluluskan, Dr Iznee Adlina (kanan) akhirnya selamat tiba di Mekah pada 5 Jun lalu. -Astro AWANI

EPL: Gary Neville dedah 'bosan' tonton perlawanan Manchester United
United mungkin hanya tewas dengan satu gol, namun lawan mereka menguasai permainan hampir sepanjang 90 minit.

Isu tenaga, bahan api fosil fokus COP28 pada Selasa
Pemerhati menilai dengan teliti kesungguhan UAE meletakkan agenda mengurangkan bahan api fosil dalam dokumen akhir COP28.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Setahun Kerajaan Madani: Malaysia kembali ke landasan betul di peringkat serantau, antarabangsa - Zambry
Malaysia dilihat sebagai sebuah negara dihormati khususnya apabila diundang baru-baru ini menghadiri dua mesyuarat penting PBB.

Abang Johari di COP 28, Dubai untuk ketengah projek hijau Sarawak
Beliau dijadual menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara InvestSarawak dan Surbana Jurong Pte Ltd.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Ringgit dijangka catat prestasi lebih baik berbanding dolar AS pada 2024
Mata wang serantau termasuk ringgit dijangka mencatat prestasi yang lebih baik berbanding dolar AS pada tahun akan datang.

Karnival Barangan Malaysia pada 13 hingga 17 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 pada 13 hingga 17 Dis ini di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya.

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.

"Alhamdulillah. Ini hadiah dari Allah" - Lan Pet Pet luah rasa syukur
Pelawak Lan Pet Pet meluahkan rasa syukur apabila mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya, Ruby Che Wan di ulang tahun perkahwinan yang ke-9.