Panggilan semula Sirul masih gagal dedahkan motif pembunuhan Altantuya

Astro Awani
Februari 23, 2015 08:34 MYT
Malang sekali, dalam kejadian yang berlaku pada hari ini, menunjukkan bahawa maklumat yang diperoleh tersebut masih tidak dapat dikongsi secara adil dan saksama. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kegagalan tele-persidangan antara Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dengan bekas komando Sirul Azhar Umar di Australia yang berdepan hukuman mati, menerima kritikan hebat di media sosial, meskipun Sirul dikatakan telah membuat panggilan yang lewat dua jam daripada jadual asal.
Komunikasi melalui telefon yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian selepas 15 kali percubaan menghubungi Sirul tidak berjaya dan situasi tersebut ternyata mengecewakan petugas media, dan tentunya Mahfuz sendiri.
Mahfuz pada permulaan sidang media itu menyatakan bahawa dia sering berkomunikasi dengan Sirul sebelum ini.
Beliau mengharapkan tele-persidangan itu membuahkan hasil supaya segala persoalan mengenai motif pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan juga pihak yang dikatakan telah memberi arahan kepadanya untuk berbuat demikian, dapat didedahkan.
Namun, kegagalan objektif sidang media tersebut telah menerima cemuhan orang ramai yang mengikuti perkembangannya.
Di susur masa Twitter, orang ramai mempersoalkan tentang tahap keyakinan Mahfuz terhadap individu yang dipercayai beliau sebagai Sirul tersebut.
Tidak kurang juga, ramai yang menjadi lebih analitikal dengan mencetus pertanyaan mengenai ‘kelebihan’ Sirul yang mempunyai akses bebas komunikasi sedangkan dia sedang berada dalam tahanan.
Malah, ketika, Mahfuz mendakwa Sirul dapat dihubungi pada sekitar jam 1.30 petang ketika kebanyakan media telah pulang, ramai yang skeptikal tentang kesahihan identiti individu yang dipanggil Sirul tersebut.

mohonb pihak media membongkar...benarkah talian telefon sirul aktif dan mohon transcript prbualan,sms no phone sirul @hamzahhamid @501Awani

— sarcasticExistance (@areolaerect) February 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@hdaily09 blh percaya ke yg cakap tu sirul ?

— Ismail Ahmad (@maaail68) February 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Let's see, said will have teleconference PC with Sirul and nothing materialized :P, if anyone misleading it @MahfuzOmar @ffhasani

— Dzirhan Mahadzir (@DzirhanDefence) February 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata pengguna Twitter menzahirkan rasa kecewa dengan objektif dan cara kendalian tele-persidangan tersebut manakala selebihnya menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka.

Sirul just broke Malaysian cyberspace by coming out and saying nothing.

— Mark Gomez(@Markthewise) February 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani sirul kat mane sirul sirul kat mane

— wirahijau (@muhammadhadiff) February 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

asak kaw kaw...buang karan ..suka2 ja panggil press walau xcomfirm dpt "teleport" @hamzahhamid @501Awani

— sarcasticExistance (@areolaerect) February 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mahfuz Nak Telefon Sirul...Telefon Tak Dapat!!Mahfuz Buat Maharaja Lawak Mega!!Kahkahkah!!: Ini serius lawak..... http://t.co/3cinbkxuTl

— parangpanjang2 (@parangpanjang2) February 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Did anyone expect Sirul Azhar to reveal anything? Oh yes maybe PAS.

— Hong (@whon9) February 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun panggilan Sirul yang 'terlewat' itu dapat menyelamatkan air muka Mahfuz, ia tetap tidak mencapai objektif tele-persidangan hari ini yang dicanang sebagai peluang untuk mendedahkan 'kebenaran di sebalik kes pembunuhan Altantuya'.
Semasa sidang media tersebut, Mahfuz memberitahu bahawa antara tujuan para wartawan dipanggil dalam sidang media itu adalah untuk memberi 'keadilan' kepada semua media agar mendapat maklumat menyeluruh dari sumber yang sama. Sebelum ini Sirul dilaporkan hanya memberi kenyataan untuk sebuah portal berita sahaja.
Malang sekali, dalam kejadian yang berlaku pada hari ini, menunjukkan bahawa maklumat yang diperoleh tersebut masih tidak dapat dikongsi secara adil dan saksama.
#Altantuya Shaariibuu #Australia #Imigresen #Mahfuz Omar #PAS #Queensland #Sirul Azhar #Tahan