MALAYSIA
Pangkalan Udara Subang tulang belakang strategik negara - Panglima TUDM
Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berucap merasmikan Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena Jubli Delima 40 Tahun Pangkalan Udara Subang di sini hari ini. - Foto Bernama
SUBANG: Pangkalan Udara Subang terus berperanan sebagai tulang belakang strategik negara dalam memastikan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan misi pengangkutan udara kritikal sama ada bagi tujuan pertahanan mahupun bantuan kemanusiaan.
Ringkasan AI
Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata sejak ditubuhkan 40 tahun lepas, pangkalan itu menjadi pusat operasi utama pesawat angkut strategik negara termasuk A400M dan C130 serta menjadi saksi pelbagai misi penting yang memberi harapan kepada rakyat.
"Setiap kali ada misi pengangkutan, sama ada menghulur bantuan kemanusiaan di luar negara atau menyokong operasi keselamatan dalam negeri, Pangkalan Udara Subang inilah yang menjadi tunjang persiapan.
"Dari sinilah pesawat digerakkan dan anggota bertolak untuk menunaikan amanah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka TUDM sempena Jubli Delima 40 Tahun Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.
Beliau berkata hampir setiap minggu pangkalan itu mengendalikan penerbangan logistik, termasuk misi bantuan bencana dan pengoperasian hospital medan.
"Minimum dua kali seminggu misi logistik dilaksanakan dari sini...Itu belum tugasan khas bersama tentera darat dan laut. Peranannya sangat signifikan kerana hampir semua misi pengangkutan bermula dari Subang," katanya.
Muhamad Norazlan menegaskan walaupun telah berusia empat dekad, pangkalan itu kekal relevan berbekalkan lokasi strategik berhampiran ibu negara serta kesesuaian pesawat yang ditempatkan di situ.
"Pangkalan ini adalah aset strategik negara... Ia bukan sahaja pangkalan operasi, tetapi juga rumah kedua kepada anggota yang sentiasa bersedia digerakkan pada bila-bila masa demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.
Sementara itu, Komander Pangkalan Udara Subang Brig Jen Yusri Jamari berkata pelbagai aset dipamerkan sempena Hari Terbuka TUDM bagi memberi peluang orang ramai melihat lebih dekat keupayaan pertahanan udara negara.
"Selama ini orang awam hanya melihat dari jauh tetapi kali ini mereka boleh berinteraksi secara langsung dengan warga TUDM termasuk keluarga anggota serta bakal juruterbang yang berminat menyertai pasukan," katanya.
Beliau berkata penganjuran hari terbuka itu menerima sambutan menggalakkan dengan jumlah pengunjung dijangka mencecah 50,000 orang sepanjang dua hari.
"Hari ini sahaja seramai 30,000 pengunjung hadir manakala esok kita jangka 20,000 lagi akan memenuhi ruang pameran dan aktiviti yang disediakan," katanya.
Yusri berkata selain mempamerkan aset pertahanan, program itu turut menekankan peranan pangkalan terhadap keselamatan negara serta usaha mendekatkan hubungan tentera dengan masyarakat.
"Pangkalan ini wujud kerana faktor keselamatan negara. Masyarakat perlu sedar bahawa keselamatan negara bukan hanya tanggungjawab TUDM tetapi merupakan amanah bersama seluruh rakyat. Tentera dan rakyat tidak boleh dipisahkan," katanya.
Pangkalan Udara Subang ditubuhkan pada 1985 di kawasan ladang kelapa sawit berhadapan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan pada awalnya dikenali sebagai TUDM Subang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pangkalan Udara Subang genap 40 tahun dan kekal sebagai pusat strategik TUDM untuk misi pengangkutan udara kritikal, termasuk bantuan kemanusiaan dan operasi keselamatan.
- Hampir setiap minggu misi logistik dilaksanakan dari pangkalan ini menggunakan pesawat A400M dan C130, menjadikannya aset penting negara.
- Hari Terbuka TUDM sempena Jubli Delima menarik lebih 50,000 pengunjung dengan pameran aset pertahanan dan aktiviti mendekatkan hubungan tentera dengan masyarakat.