MALAYSIA
Panglima ATM seru Malaysia dan Indonesia terus pelihara persaudaraan serumpun
Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar (duduk, empat kiri), dan Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Agus Subiyanto (duduk, tiga kiri), pada Mesyuarat HLC Malaysia-Indonesia ke-18 pada Selasa. - Bernama
JAKARTA: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menyeru agar ikatan persaudaraan dan keakraban antara Malaysia dan Indonesia terus dipelihara serta tidak digugat oleh sebarang polemik atau campur tangan pihak luar.
Beliau turut mengingatkan agar setiap pihak berwaspada terhadap pengaruh media sosial yang membawa agenda tertentu sehingga boleh menjejaskan hubungan harmoni antara kedua-dua negara.
"Ikatan ini perlu terus dipelihara serta tidak digugat oleh sebarang polemik atau campur tangan pihak luar yang boleh menjejaskan keharmonian yang telah terbina sekian lama," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Indonesia (HLC Malindo) di sini, pada Selasa.
"Kewaspadaan ini juga harus dilihat ke atas media sosial yang kadangkala agak nakal membawa agenda yang tersendiri," tambah beliau, yang juga pengerusi bersama mesyuarat dengan Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Agus Subiyanto.
Mohd Nizam menegaskan hubungan kedua-dua negara bukan sekadar berteraskan kepentingan bersama, sebaliknya dipacu oleh semangat kebersamaan, termasuk perkongsian sejarah, budaya serta susur galur kekeluargaan.
Beliau berkata platform HLC Malindo kekal sebagai mekanisme penting untuk memperkukuh kerjasama pertahanan, membina kepercayaan, dan mengukuhkan persaudaraan serta dijalankan dengan tanggungjawab, integriti dan profesionalisme bagi memastikan kestabilan rantau terus terpelihara.
"HLC Malindo serta kumpulan kerja di bawahnya kekal sebagai mekanisme utama untuk memperkasakan kerjasama pertahanan, menyelaras strategi dan mengurus keselamatan bersama secara menyeluruh," jelasnya.
Terdahulu, Agus menyifatkan hubungan kerjasama Indonesia dan Malaysia sebagai ikatan persaudaraan yang istimewa dan unik, serta menegaskan bahawa kolaborasi antara TNI dan ATM merupakan antara tonggak utama menyokong usaha merealisasikan kawasan ASEAN yang aman, damai dan sejahtera.
Antara agenda mesyuarat termasuk pembentangan laporan kemajuan Jawatankuasa Kawalan Operasi Terpadu, Jawatankuasa Latihan Bersama, Jawatankuasa Penyelarasan Polis Bersama, serta kelompok kerja sosioekonomi.
-- BERNAMA

#Panglima ATM
#Mohd Nizam Jaffar
#persaudaraan serumpun
#Malaysia-Indonesia
#media sosial
#keharmonian