awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Panglima perang' Bung Moktar mahu jadi individu pertama terima vaksin COVID-19

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/12/2020
07:08 MYT
'Panglima perang' Bung Moktar mahu jadi individu pertama terima vaksin COVID-19
"Kalau perlu diuji awal-awal, sayalah orang pertama menawarkan diri, ujilah, saya tak takut," kata Bung Moktar mengenai kesedian menjadi individu pertama disuntik vaksin COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menyuarakan kesediaan beliau untuk menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin COVID-19.
Menggelarkan dirinya sebagai 'panglima perang’, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau menyatakan kesediaan berkenaan kerana ada pihak yang mempertikai tahap keselamatan vaksin tersebut.
Ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa Kementerian Kesihatan, beliau berkata, kerajaan diharap dapat mempercepatkan lagi perolehan vaksin berkenaan.
“Saya dengar khabar bahawa vaksin ini sudah ada dan Indonesia sudah memeterai perjanjian dengan China dan negara-negara lain. Kenapa Malaysia belum? Kalau ada vaksin ini, keluarkanlah.
“Dan kalau perlu diuji awal-awal, sayalah orang pertama menawarkan diri, ujilah, saya tak takut. Saya mahu sihat,” katanya lagi.
Pada 27 November lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan.
Beliau berkata, jumlah vaksin tersebut akan dapat memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan serta kumpulan rakyat yang berisiko tinggi.
Sebelum itu, pada 22 November, Malaysia bersetuju menyertai Covax Facility iaitu inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan menyaksikan bekalan vaksin untuk 10 peratus populasi negara.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Bung Moktar
#vaksin
#COVID-19
#Belanjawan 2021
#Kementerian Kesihatan
#WHO
#undang-undang
#menteri
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#rakyat Malaysia
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan