[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
AIRASIA-QZ8501

Panglima TLDM arah 3 kapal bergerak ke Indonesia

T K Letchumy Tamboo 30/12/2014 | 10:59 MYT
Ketua Tentera Laut Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar hari ini telah mengarahkan tiga kapal laut Malaysia, bergerak ke kawasan di mana serpihan pesawat dan mayat ditemui di Indonesia
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar hari ini telah mengarahkan tiga kapal laut Malaysia, bergerak ke kawasan di mana serpihan pesawat dan mayat ditemui di Indonesia.
Abdul Aziz, melalui laman Twitternya, berkata tiga kapal itu iaitu KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu telah diarahkan pada jam 5 petang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan terus menyokong dan memberi bantuan yang dikehendaki oleh kerajaan Indonesia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.
#QZ8501 #Tan Sri Abdul Aziz Jaafar