KUANTAN: Pemilik unit pangsapuri di Caribbean Bay Resort, Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini kecewa dengan keadaan bangunan resort itu yang kini terbiar ekoran penutupan operasi taman tema itu sejak tahun 2020.
Keadaan persekitaran bangunan yang menempatkan kira-kira 1,000 unit kediaman itu kini ditutupi semak samun dan ada unit telah dinaiki pokok-pokok menjalar.
Lebih mengejutkan mereka, ada unit mengalami kerosakan serius termasuk kerosakan perabot seolah telah dipecah masuk.
Seorang pemilik, Fakhrul Adly Hashim, 38 berkata, dia menyedari keadaan itu selepas meninjau keadaan pangsapuri jenis studio miliknya di Caribbean Bay Resort BGRC pada 6 Jun lalu.
Dia mendakwa keadaan kawasan blok pangsapuri miliknya telah terbiar dan diliputi semak samun.
"Paling terkejut bila masuk ke dalam rumah, keadaannya amat teruk seolah telah dipecah masuk berdasarkan keadaan di dalamnya yang mengalami kerosakan termasuk bahagian tandas.
"Selain itu banyak perabot yang ditinggalkan turut dirosakkan dan ada yang hilang," katanya yang membeli pangsapuri itu bagi tujuan pelaburan sejak 2014.
Fakhrul Adly antara 25 pemilik pangsapuri di Caribbean dan Arabian Bay Resort BGRC yang hadir berkumpul untuk mendapatkan penjelasan pihak pengurusan berhubung isu itu di hadapan pintu masuk BGRC di sini pada Sabtu.
Seorang lagi pemilik, Zainuddin Mohd Noor berkata, dia menerima notis penutupan operasi BGRC daripada pihak pengurusan pada April 2020.
"Menurutnya, rata-rata pemilik akur memandangkan ketika itu semua pihak berdepan tempoh sukar.
"Kami tidak sangka ia ditutup terlalu lama dan tiada penyelenggaraan dilakukan dalam tempoh itu hingga keadaan begitu terbiar dan tidak terurus," katanya.
Dia berkata, keadaan itu menjadi bebanan kepada pemilik apabila terpaksa membayar hutang pinjaman bank sedangkan hasil daripada pelaburan melalui perjanjian penyewaan itu tidak diperoleh.
"Isu bayaran ini bukan baharu malah berlaku sejak 2019 lagi di mana jumlahnya telah dikurangkan berbanding kadar yang dipersetujui sebelum ini.
"Sejak ditutup ekoran pandemik COVID-19 dua tahun lalu, kami langsung tidak menerima bayaran dan ditambah dengan keadaan seperti yang berlaku hari ini termasuk ketiadaan bekalan elektrik dan air katanya.
Bagi waris pemilik, Zarif Othman, 30, mendakwa, mereka tidak mendapat sebarang perkembangan daripada pihak pengurusan berhubung pembukaan semula taman tema itu.
"Kami langsung tidak dimaklumkan perkembangan terkini dan ia terus menjadi teka teki.
"Sekiranya penutupannya berlanjutan, pemilik bukan sahaja berdepan masalah dalam bayaran malah kemungkinan terpaksa menanggung kerugian lebih besar selain risiko kehilangan rumah tersebut.
"Melihat kepada keadaan sekarang, proses penyelenggaraan dan baik pulih akan memakan masa dan kos besar untuk beroperasi semula.
"Jadi kami ingin dapatkan kepastian bila pusat ini dijangka beroperasi dan apa langkah pihak pengurusan dalam menyelenggara unit pangsapuri yang rosak dan memulihkan kembali keadaan yang terbiar," katanya.
Zarif berkata, sekiranya pusat peranginan terkenal ini terus ditutup, ia bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada pemilik unit malah kepada syarikat itu sendiri selain kepada sektor pelancongan di negeri ini.
Sementara itu, Penasihat Keselamatan Kumpulan Sentoria Group, Francis Quek menjelaskan, taman tema air BGRC dijangka akan beroperasi menjelang Ogos ini sekiranya proses pembaikan dan penyelenggaraan berjalan lancar.
Menurutnya, kerja-kerja penyelenggaraan telah bermula namun banyak perkara yang perlu dilakukan ekoran pusat itu telah ditutup begitu lama bagi memastikan semua kemudahan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk pengunjung.
"Sekiranya tiada isu luar jangka yang berlaku, keseluruhan operasi di BGRC ini akan beroperasi kembali penghujung tahun ini secara berperingkat.
"Proses pengambilan kakitangan juga akan bermula 1 Ogos ini sebagai persiapan untuk memulakan operasi.
"Kita sasarkan untuk buka taman tema air dahulu sebelum kemudahan lain termasuk proses pembaikan dan penyelenggaraan unit-unit penginapan," katanya.
Menurutnya keadaan begitu sukar namun usaha untuk membuka kembali operasi itu sedang dijalankan dan itu satu perkembangan positif yang boleh dikongsikan.
"Saya mencadangkan pemilik menubuhkan komuniti dan melantik wakil untuk membawa permasalahan yang timbul kepada pihak pengurusan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 23 2022
Keadaan di sekitar bangunan pangsapuri di BGRC yang tidak terurus dan terbiar hingga dinaiki semak samun. - Foto Ihsan FB Bukit Gambang Resort Units Owner
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Pangsapuri di Bukit Gambang Resort City terbiar, rosak teruk
Keadaan itu menjadi bebanan kepada pemilik apabila terpaksa membayar hutang pinjaman bank sedangkan hasil daripada pelaburan melalui perjanjian penyewaan itu tidak diperoleh.