Pantai Morib ditutup kepada orang ramai, peniaga sehingga 2 Julai

Bernama
Jun 15, 2023 15:42 MYT
Persetujuan untuk menutup kawasan pantai itu dibuat hasil perbincangan dan rangka kerja pembersihan dan pembaikan kerosakan oleh pihak pengurusan tertinggi majlis itu. - Gambar FB MPKL
SHAH ALAM: Kawasan rekreasi di Pantai Morib, Banting ditutup kepada orang awam dan peniaga sehingga 2 Julai depan untuk tujuan pemotongan pokok-pokok yang tumbang serta pembersihan kawasan ekoran hujan lebat dan angin kencang semalam.
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi kenyataan di Facebooknya berkata persetujuan untuk menutup kawasan pantai itu dibuat hasil perbincangan dan rangka kerja pembersihan dan pembaikan kerosakan oleh pihak pengurusan tertinggi majlis itu.
MPKL berkata kerja-kerja pengalihan pokok bagi membersihkan laluan awam telah giat dilaksanakan Skuad Pantas MPKL bersama bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan polis sejak petang semalam.
-- BERNAMA
#Pantai Morib #ditutup #pemotongan pokok #Majlis Perbandaran Kuala Langat