awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pantai Port Dickson dicemari tumpahan minyak

Bernama
Bernama
12/10/2020
12:38 MYT
Pantai Port Dickson dicemari tumpahan minyak
Veerapan menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi pantai yang berkenaan. -Gambar/ Facebook@Aksara Heart
PORT DICKSON:Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini hari ini, yang mengakibatkan pencemaran di sepanjang tiga kilometer pantai itu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, sampel minyak tersebut telah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui punca kejadian.
"Kita masih belum mengetahui punca sebenar berlakunya tumpahan minyak di kawasan persisiran pantai berkenaan. Bagaimanapun, kita mengesyaki ia adalah minyak daripada enjin kapal," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, di sini, hari ini.
Beliau berkata kerja pembersihan sedang dilakukan dan menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi pantai berkenaan, sehingga proses itu selesai dilakukan.
Hari ini, tular di laman sosial Facebook sebuah video insiden dipercayai tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10, sehingga mencemarkan pantai berkenaan di sepanjang tiga kilometer.
Topic Berkaitan
#tumpahan minyak
#pencemaran air
#enjin kapal
#Port Dickson
#pusat peranginan
#Pantai Cermin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan