'Papa cuba selamatkan, tapi Irfan ditarik ombak kuat'

Muhamad Irfan Mohd Afendi (foto) lemas di Pantai Kemayan, Bachok selepas ditarik ombak kuat, kira-kira jam 6.40 petang pada Selasa. -Gambar fail/Sinar Harian
BACHOK: "Papa dia cuba selamatkan, tapi Irfan ditarik ombak kuat sehingga hilang daripada pandangan abang saya".
Ringkasan AI
- Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, lemas di Pantai Kemayan, Bachok ketika cuba diselamatkan oleh bapa dan abangnya yang hampir lemas juga.
- Anak lelaki itu hanya bermain air di tepi pantai sebelum ditarik ombak besar, walaupun ibunya sudah memanggilnya pulang dua kali sebelum kejadian.
- Jenazah Muhamad Irfan akan dikebumikan di Kampung Kedai Lalat, Kota Bharu selepas proses bedah siasat, selepas mayatnya ditemui lemas pada pantai.
Ujarnya, semasa kejadian, Muhamad Irfan dikatakan sedang bermain air pada paras 0.2 meter di tepi pantai sebelum dihanyutkan ombak besar.
"Sebelum itu ibunya (Kartini Mahmood, 44,) sudah dua kali memanggilnya untuk pulang.
"Kemudian mereka lihat Muhammad Irfan ditarik ombak semakin lama semakin jauh. Papanya cuba selamatkan dia, namun turut lemas kerana ombak besar.
"Bagaimanapun umur abang masih panjang apabila ombak kedua yang datang telah menolaknya sehingga naik ke darat semula," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Nazrul, anak saudaranya itu tidak mandi-manda cuma bermain air sahaja.
Ujarnya, anak sulung daripada dua beradik itu yang meminta ayah dan ibunya untuk datang berjalan-jalan ke Pantai Kemayang sebelum dikhatankan pada Sabtu ini.
Katanya lagi, jenazah arwah akan dikebumikan di Kampung Kedai Lalat, Kota Bharu selepas selesai segala urusan bedah siasat.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas pada jarak 1.5 kilometer (km) dari Pantai Kemayang, di sini.
Sebelum itu mangsa, Muhamad Irfan dikatakan bermain air di kawasan pantai tersebut sebelum dihanyutkan ombak deras kira-kira jam 6.40 petang pada Selasa.
Mayatnya ditemukan oleh orang awam pada jam 10.48 pagi di persisiran pantai Kampung Cerang Laut di sini. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku kepada Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, di Pantai Kemayan, Bachok? A: Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, lemas di Pantai Kemayan ketika bermain air sebelum dihanyutkan oleh ombak besar.
- Q: Siapakah yang cuba menyelamatkan Muhamad Irfan semasa kejadian? A: Abang Muhamad Irfan, Mohd Afendi Ya, 44, cuba menyelamatkan adiknya tetapi hampir lemas kerana ombak besar.
- Q: Di manakah jenazah Muhamad Irfan akan dikebumikan? A: Jenazah Muhamad Irfan akan dikebumikan di Kampung Kedai Lalat, Kota Bharu selepas selesai segala urusan bedah siasat.
- Q: Berapakah jarak mayat Muhamad Irfan ditemui dari lokasi kejadian? A: Mayat Muhamad Irfan ditemui lemas pada jarak 1.5 kilometer dari Pantai Kemayan.
- Q: Apakah aktiviti yang dilakukan Muhamad Irfan sebelum kejadian berlaku? A: Muhamad Irfan bermain air di tepi pantai pada paras 0.2 meter sebelum dihanyutkan oleh ombak deras.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

