MALAYSIA
Papagomo didakwa terima sumbangan bayar saman Anwar tanpa kemas kini perniagaan
Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai Papagomo, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mengemukakan perubahan butiran perniagaan kepada pihak berkuasa berkaitan penerimaan sumbangan orang awam bagi membayar saman yang dikenakan terhadapnya dalam kes saman fitnah melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai Papagomo, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS), bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.
Dia didakwa, selaku individu yang bertanggungjawab bagi perniagaan Invoice Solutions, iaitu perniagaan perkhidmatan dan pengurusan majlis, gagal mengemukakan perubahan terhadap butir-butir berdaftar perniagaan terbabit apabila digunakan untuk tujuan penerimaan sumbangan daripada orang awam bagi membayar saman, kes bernombor 23NCVC-37-03/2013.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 24 Okt 2017 hingga 30 Nov 2017 yang didakwa mengikut kesalahan di bawah Kaedah 17A(1)(b) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12A Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Anas Mahadzir memohon jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Muhammad Amirul Ar-Rasyid memohon jaminan yang lebih rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan sedang berhadapan dengan beberapa kes saman lain di mahkamah.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Papagomo diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Jan tahun depan bagi sebutan semula kes.
-- BERNAMA