MALAYSIA
Papagomo diperintah bela diri kes hasut, timbul kebencian terhadap Agong
Papagomo didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penulis blog, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 42, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menghasut dengan niat menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, tahun lalu.
Ringkasan AI
Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak pendakwaan yang berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan.
“Setelah mengambil kira semua bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Oleh itu, tertuduh diperintahkan membela diri,” katanya.
Peguam bela Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Papagomo memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya setakat ini akan tampil sebagai saksi tunggal pada peringkat pembelaan.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 4 November depan sebagai permulaan prosiding bela diri.
Papagomo didakwa telah menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart Superstore Sdn Bhd menghadap Sultan Ibrahim di laman Twitter atau X miliknya menggunakan akaun "Sir Azri" pada 29 April tahun lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang sekitar jam 12 tengah hari.
Dia dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan peringkat pendakwaan yang bermula Oktober 2024, seramai sembilan saksi telah dipanggil memberi keterangan, dengan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman.
Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris membela diri atas tuduhan menghasut yang didakwa menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berhubung isu KK Supermart pada April tahun lalu.
- Hakim Norma Ismail memutuskan wujud kes prima facie selepas meneliti hujahan dan keterangan sembilan saksi pendakwaan, manakala Papagomo akan tampil sebagai saksi tunggal pembelaan pada 4 November depan.
- Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.