MALAYSIA

Papan Pemuka Status Pelaksanaan MA63 dilancarkan Rabu ini - Mustapha

Bernama 26/01/2026 | 15:00 MYT
Mustapha berkata majlis itu akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Papan Pemuka Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963 (Dashboard MA63) akan dilancarkan di Parlimen pada Rabu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.


Ringkasan AI
  • Papan Pemuka Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963 (Dashboard MA63) akan dilancarkan di Parlimen pada Rabu ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.
  • Rakyat Malaysia boleh mengakses 29 tuntutan utama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui Dashboard MA63 tanpa dipengaruhi bias politik menerusi portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM).
  • Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang menekankan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ketelusan dan pemantauan pelaksanaan MA63 sebagai agenda nasional yang melibatkan Sabah dan Sarawak.


Beliau berkata menerusi pelancaran papan pemuka itu, rakyat Malaysia boleh mengakses maklumat yang sahih berkaitan 29 tuntutan utama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tanpa dipengaruhi bias politik dan ketidakpastian maklumat bermula pada tarikh berkenaan.

"Dashboard (papan pemuka) MA63 ini boleh diakses melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapha berkata majlis itu akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

"Undangan rasmi kepada kesemua Yang Berhormat Ahli Dewan Negara dan Yang Berhormat Ahli Parlimen ke majlis ini telah diedarkan sebagai mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ketelusan dan pemantauan pelaksanaan MA63 yang kini menjadi agenda nasional, bukan sahaja terhad kepada agenda Sabah dan Sarawak," katanya.

-- BERNAMA


#Papan Pemuka Status Pelaksanaan #MA63 #Sabah dan Sarawak #Mustapha Sakmud