Mana-mana pihak yang ingin menaikkan paparan iklan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), perlu melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mendapatkan pengesahan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, penggunaan bahasa lain pada paparan iklan dibenarkan sebagai mengiringi ungkapan utama dalam Bahasa Melayu.
"Dalam isu paparan iklan yang dipasang di sekitar pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, seperti mana yang tular, pihak berkaitan didapati tidak mematuhi kelulusan yang telah diluluskan. Paparan iklan yang diluluskan DBP adalah dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ungkapan utama dan diiringi dengan bahasa lain.
"Namun apabila berlaku pemasangan paparan iklan di tapak, berlaku ketidakpatuhan kepada kelulusan yang diberikan, di mana bahasa iringan telah dijadikan ungkapan utama. Menyedari kesilapan yang telah dilakukan, pihak berkaitan bertindak menurunkan sendiri paparan iklan tersebut," menurut kenyataan itu, pada Ahad.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai paparan iklan berhampiran Mid Valley, Kuala Lumpur yang didapati tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai ungkapan utama, sehingga menarik perhatian Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, dalam ciapannya di Twitter.
Kenyataan itu menyatakan terdapat enam jenis lesen iklan di WPKL yang dikeluarkan DBKL dan salah satu daripadanya adalah Lesen Iklan Paparan Luar.
"Lesen Iklan Paparan Luar ini tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976; Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982 dan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (WPKL) 1990.
"Sebarang ketidakakuran kepada Akta atau Undang-Undang Kecil ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan atau penalti yang termaktub di bawahnya," menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020

Lesen Iklan Paparan Luar tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976; Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982 dan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (WPKL) 1990. - Gambar hiasan

Beza tandatangan digital dengan elektronik dalam menentusahkan identiti penandatangan dokumen
Operasi dan transaksi perniagaan semestinya perlu diteruskan demi menjaga kelangsungan perniagaan yang telah diusahakan sekian lama.

AWANI Pagi: Lawan helah fahaman anti-vaksin di dunia digital
Bagaimana untuk melawan fahaman anti-vaksin di dunia digital? Nak tahu? Kita bersama Penganalisis Politik & Media Sosial, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy untuk perkembangan lanjut.

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

AWANI Ringkas: EU disaran wujud sijil digital vaksin seragam

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy
Khairy menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892597/9449734071614300202360_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 25 Februari 2021.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Ebit Lew mahu buka 'Restoran Free', rumah gelandangan di ibu negara
Rancangan-rancangan itu dikongsi Ebit menerusi pertemuannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada Isnin.

Residensi Prihatin projek rumah mewah, harga mampu milik
Annuar berkata, menerusi sasaran itu, sebanyak 20,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 15,000 unit di Putrajaya manakala 5,000 unit di Labuan.

Zahid nafi UMNO pernah bincang wujudkan kerjasama dengan DAP
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa parti itu pernah berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP.

'RoL Virtual Bike and Run 2021' aktiviti riadah dalam norma baharu
Bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021, Tan Sri Annuar Musa berkata, River of Live Virtual Bike and Run 2021 diadakan dengan kerjasama MGBC.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Februari 2021.

Annuar Musa selesai beri keterangan kepada polis kes dakwaan langgar SOP
Tan Sri Annuar Musa sudah memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa menghadiri majlis baru-baru ini.

Annuar Musa sedia beri kerjasama kepada polis
Annuar Musa sedia memberi kerjasama kepada pihak polis susulan dakwaan beliau tidak mematuhi SOP PKP apabila menghadiri satu jamuan baru-baru ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Feb 2021.

Polis siasat Annuar Musa didakwa tidak patuh SOP
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, satu laporan polis berkenaan perkara itu diterima polis di Cheras.

Dakwa Annuar Musa langgar SOP: Mohon maaf atau saya buat laporan polis - MP Kepong
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa digesa untuk memohon maaf dan menerima hukuman atas tindakannya yang didakwa melanggar peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.