MALAYSIA
PAPSMA sudah dibubar sejak Mei 2024 - Sukumaran
Sukumaran mengingatkan mana-mana pihak untuk tidak lagi menggunakan atau mengaitkan PAPSMA dengan apa-apa isu melibatkan pekerja asing. - Gambar PAPSMA
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) telah dibubarkan secara rasmi sejak 3 Mei 2024.
Ringkasan AI
Bekas Setiausaha Agungnya, Sukumaran Nair berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membatalkan pendaftarannya pada 21 Mac 2024.
Sehubungan itu katanya, ROS telah mengeluarkan surat rasmi memaklumkan pembatalan pendaftaran pertubuhan berkenaan.
"Keputusan untuk membubarkan persatuan ini diambil setelah mempertimbangkan bahawa aktiviti yang dijalankan tidak lagi selaras dengan matlamat dan objektif asal sejak penubuhannya pada tahun 2018.
"PAPSMA juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) atas sokongan, kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh kewujudan persatuan ini.
"Sumbangan kedua-dua kementerian amat dihargai sepanjang kewujudan tempoh kami," katanya dalam kenyataan hari ini.
Walaupun PAPSMA telah dibubarkan, Sukumaran menegaskan kepentingan agensi pekerjaan swasta (APS) berlesen dalam memastikan proses pengrekrutan dan kemasukan pekerja asing wajib dijalankan secara beretika, teratur dan mematuhi dasar kerajaan kekal menjadi keutamaan.
Jelas beliau, kebajikan pekerja asing serta kepentingan negara perlu terus dipelihara melalui proses tersusun di bawah kedua-dua kementerian berkenaan.
Justeru, PAPSMA menyarankan agar satu persatuan atau badan penyelaras baharu dipertimbangkan bagi memperkukuh prestasi APS serta memastikan pengrekrutan dan kemasukan pekerja asing ke Malaysia bagi tujuan pekerjaan yang sah melalui PLKS dapat diselaraskan dengan lebih berkesan.
Dalam masa sama, Sukumaran mengingatkan mana-mana pihak untuk tidak lagi menggunakan atau mengaitkan PAPSMA dengan apa-apa isu melibatkan pekerja asing.
Ringkasan AI
- Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) dibubarkan secara rasmi sejak 3 Mei 2024 selepas mengemukakan permohonan pembatalan pendaftaran kepada ROS.
- Keputusan untuk membubarkan PAPSMA diambil berdasarkan pertimbangan bahawa aktiviti yang dijalankan tidak lagi selaras dengan matlamat asal sejak penubuhannya pada tahun 2018.
- Walaupun PAPSMA telah dibubarkan, Sukumaran menegaskan pentingnya agensi pekerjaan swasta berlesen dalam memastikan proses pengrekrutan pekerja asing dilakukan secara beretika serta mematuhi dasar kerajaan.