Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) merayu kepada kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada individu yang mendapat visa jemputan Arab Saudi atau visa Furada.
Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata pihaknya sedia mematuhi segala garis panduan yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dalam memastikan mereka yang mendapat visa Furada dapat menunaikan ibadah tersebut.
"Di peringkat PAPUH, kami telah berbincang juga garis panduan yang telah disediakan seperti proses kuarantin, ujian swab dan sebagainya.
"Kita akur apa yang diputuskan Kerajaan Malaysia dan apa yang akan diputuskan Kerajaan Saudi.
"Jadi kita berharap sekiranya boleh dibenarkan mereka pergi dengan garis panduan yang ditetapkan, kami akur.
"Cuma kita minta jangan disekat terus, kalau boleh dipertimbangkan dan diberi kelonggaran kepada mereka yang dapat visa atau yang dapat kemudahan pergi haji ini," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini hari ini.
Jelasnya, walaupun Tabung Haji (TH) tidak mengendalikan haji tahun ini, tetapi banyak syarikat-syarikat luar yang masih mengendalikannya.
"Kebanyakan syarikat ini telah menempah hotel dan penerbangan lebih awal. Sekiranya ia ditangguhkan, jadi ia memberi kesan kepada operasi kami," jelasnya.
Ujarnya, visa Furada tersebut tidak akan menjejaskan kuota sedia ada yang diberikan kepada Kerajaan Malaysia kepada hampir 3,000 individu setiap tahun di negara ini.
Sekiranya ia turut dibatalkan, Razali berkata ia bukan sahaja menjejaskan 3,000 bakal jemaah, tetapi juga operasi syarikat agensi sedia ada.
"Biasanya, yang dapat visa khas atau visa jemputan, singkatannya dipanggil Furada, ini, lebih kurang 1,000 ke 3,000 jemaah setahun.
"Jadi mereka ini pergi ke syarikat pengelola jemaah haji (PJH) di bawah TH atau ke syarikat yang mempunyai lesen untuk membawa jemaah-jemaah ke Mekah.
"Sekiranya tidak dibenarkan, bermakna seramai 3,000 jemaah akan terkandas ... yang mereka ini dapat visa jemputan daripada kerajaan Arab Saudi, mereka tidak ambil kuota-kuota yang telah disediakan kepada Malaysia," ujarnya.
Justeru pihaknya dijadual akan berjumpa dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa terdekat bagi meperhalusi permohonan dan cadangan garis panduan jemaah Haji.
Pada 11 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan bahawa Malaysia menangguhkan pemergian jemaah haji bagi Musim Haji 1441 Hijrah ke tahun hadapan.
BACA: Pakde, Makde, simpan duit haji untuk tahun depan ya ...
BACA: Urusan haji tangguh, bayaran akan dipulangkan ke akaun - Tabung Haji
Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 18 2020
Pihak PAPUH sedia mematuhi segala garis panduan yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dalam memastikan mereka yang mendapat visa Furada dapat menunaikan ibadah tersebut. - Foto Astro AWANI
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.