MELAKA: Seorang lelaki parah selepas motosikal jenis Modedas Kriss yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal lain di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Paya Rumput, di sini, pada petang Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian lebih kurang jam 6.45 petang yang membabitkan dua motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang lelaki berusia 40 tahun dan Suzuki Panther dipercayai ditunggang seorang remaja lelaki.
"Hasil siasatan awal mendapati remaja berkenaan datang dari arah Paya Rumput menghala ke arah Melaka, manakala Modenass Kriss dipercayai melawan arus dari kiri jalan.
"Dalam masa sama laluan (lampu isyarat) remaja berkenaan masih hijau dan menyebabkan pertembungan di tengah-tengah persimpangan tersebut," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan lanjut.
"Berdasarkan laporan awal mangsa yang dirawat di zon merah HM itu mengalami pendarahan otak selain patah kaki dan rusuk kanan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Video kemalangan berdurasi dua minit itu tular di media sosial Facebook dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa kerana kecuaian orang lain.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 24 2022

Video tular kemalangan membabitkan dua motosikal di Lebuh AMJ Paya Rumput pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Ten Hag teruja berkerjasama dengan Ronaldo di Man Utd
Ten Hag menyatakan dia teruja dengan prospek bekerja dengan salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.

Kita pun nak sertai MN dulu tetapi kita ditolak - Muhyiddin
"Pada dasar, kita tak halang mana-mana parti, baik dalam PN untuk ambil apa-apa langkah kerana ia berpegang pada prinsip penyatuan ummah. Kalau lihat sejarah kita pun nak sertai MN dulu tetapi kita ditolak," kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelabur asing kembali jual RM56.9 juta ekuiti minggu lalu
Laporan menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.

Pelancongan | Penerbangan terus ke Sandakan sedang diusahakan
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang berusaha merealisasikan penerbangan terus masuk ke Sandakan dari beberapa negara luar termasuk Singapura. Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya mengambil maklum permohonan beberapa pihak mengenai perkara itu.

Kontraktor mengaku tidak bersalah tikam isteri dengan pisau
Tertuduh, Mohd Ghazali Nor Hisham, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini
Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Guna pengaruh media sosial tingkat jualan cakoi
Biarpun sudah semakin dikenali kebanyakkan warga Johor Bahru....cakoi warna warni, RR Cakoi di gerai sebelah Hospital Sultan Aminah (HSA), masih menggunakan pengaruh media sosial bagi mengetengahkan produk sedia ada. Pemiliknya, Ayza Sarbani berkata selain penggunaan Facebook, Instagram dan aplikasi Whatapss, dia juga menggunakan khidmat influancer untuk menggingatkan kembali kewujudan cakoi 20 perisa itu.

Niaga AWANI: Perdagangan | FDI suku pertama 2022 kekal tinggi
Untuk mengulas lanjut perkara ini, kita bersama dengan. Prof. Dr. Sufian Jusoh Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards
BTS yang tercalon lewat enam anugerah, membawa pulang tiga piala, dengan memecahkan rekod, sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan terbanyak dalam sejarah BMA.

Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida
Ia adalah langkah wajar bagi menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

Polis beri penjelasan isu tular lelaki tidak puas hati ketika ditahan
Pegawai polis boleh menghentikan dan menahan mana-mana orang yang disyaki untuk pemeriksaan.

Tular SUV halang ambulan: Pemandu warga emas alami masalah pendengaran
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dikatakan menghalang laluan sebuah ambulan, seperti tular di media sosial, menghadapi masalah pendengaran sejak tiga tahun lalu.

Lelaki maut ditikam, ditetak dalam pergaduhan
Seorang lelaki maut dipercayai ditikam dan ditetak dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di Kampung Baru, Bukit Mertajam.

Polis tahan lelaki warga emas pandu van sekolah secara bahaya, melawan arus
Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam yang didapati memandu sebuah van sekolah secara berbahaya dan melawan arus.

Pemandu lori sambilan mengaku tidak bersalah rompak penyampai berita
Seorang pemandu lori sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak seorang penyampai berita televisyen.

Remaja tular berdiri atas tembok tingkat 5 pasar raya dakwa 'hanya cari ketenangan'
Siasatan juga mendapati remaja berusia 19 tahun itu juga dipercayai mengalami masalah tekanan dan 'anxiety'.

Isu video tular mirip penasihat agama Majlis Raja-Raja: "Saya ada tonton video itu, tapi ..." - MB Perak
Belum ada maklumat sahih berhubung isu video tular yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Video tular anggota trafik kasari lelaki di SJR, polis buka Kertas Enkuiri Polis
Polis Pulau Pinang membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat secara terperinci kejadian seorang anggota trafik mengasari seorang lelaki di sekatan jalan raya (SJR), di Bukit Mertajam.

JSPT tidak akan berkompromi salah laku anggota ketika bertugas - PDRM
Buat masa ini pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM sedang melakukan siasatan bagi kes tersebut.

Polis buru pemandu Myvi samseng
Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi yang bertindak samseng dengan menghalang laluan kenderaan lain di MRR2 berhampiran Taman Layang-layang di sini, yang tular di media sosial.