awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap tahniah kepada Liek Hou rangkul emas pertama

Bernama
Bernama
03/09/2024
03:00 MYT
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap tahniah kepada Liek Hou rangkul emas pertama
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yang menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yang menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Liek Hou muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) setelah menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris, malam tadi, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik Tokyo 2020.
Menerusi hantaran platform X hari ini, Anwar berkata, pencapaian itu sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
"Kita beroleh pingat emas pertama di #Paralympic2024! Lebih membanggakan kerana saudara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik lalu.
"Tahniah! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!" katanya. - BERNAMA
Kita beroleh pingat emas pertama di #Paralympic2024! Lebih membanggakan kerana saudara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik lalu. Tahniah! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!#KitaSemuaTeamMAS https://t.co/srrDqbM0ZR
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) September 2, 2024
Sewa filem GOLD untuk peluang memenangi jersi eksklusif ditandatangani oleh Cheah Liek Hou dan pelakon-pelakon filem GOLD.
Topic Berkaitan
#Paralimpik
#Cheah Liek Hou
#badminton para negara
#pingat emas pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan