[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
MALAYSIA

Paras air beberapa sungai di Kelantan melepasi tahap waspada, amaran

Bernama 17/12/2025 | 06:16 MYT
Menurut Public InfoBanjir, aras air Sungai Lebir di Kampung Tualang mencatatkan bacaan 33.61 meter (m) melebihi tahap waspada setinggi 3.61m. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Beberapa sungai utama di Kelantan merekodkan paras air melebihi tahap waspada dan amaran setakat 11.30 pagi tadi susulan hujan berterusan di kawasan pedalaman.


Ringkasan AI
  • Paras air Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kelantan, mencatatkan 33.61m melebihi tahap waspada, namun menunjukkan trend menurun.
  • Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang, mencatatkan paras 56.28m, melampaui tahap waspada, tetapi dalam keadaan stabil.
  • Sungai Sokor di Kampung Sokor pula melebihi tahap waspada, dengan bacaan paras air 19.9m dan menunjukkan trend menaik.


Menurut laman sesawang Public InfoBanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran di Kuala Krai, aras air Sungai Lebir di Kampung Tualang mencatatkan bacaan 33.61 meter (m) melebihi tahap waspada setinggi 3.61m namun menunjukkan trend menurun, manakala Sungai Galas di Chegar Lapan merekodkan paras 33.02m, melepasi tahap waspada setinggi 1.02m dengan trend kekal.

Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang pula merekodkan paras air 56.28m, melebihi tahap waspada setinggi 0.28m dan berada dalam keadaan stabil, dengan hujan renyai sebanyak empat milimeter direkodkan di kawasan berkenaan.

Di Pasir Mas, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras air 7.7m, melepasi tahap waspada setinggi 0.7 meter dengan trend menurun manakala Sungai Kelantan di Jambatan Tendong merekodkan bacaan 4.78m, melebihi tahap waspada setinggi 0.78m dan menunjukkan trend menaik.

Di Tanah Merah, Sungai Kelantan di Kusial mencatatkan bacaan 13.34 meter manakala di Kusial Baru paras air direkodkan pada 13.56m, masing-masing melepasi tahap waspada dengan trend tidak berubah.

Sungai Sokor di Kampung Sokor pula merekodkan paras air 19.9m, melebihi tahap waspada setinggi 1.9m dan menunjukkan trend menaik.

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang mencatatkan paras air 15.46m, melepasi tahap waspada setinggi 1.46 meter dan berada dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA








#paras air #Sungai Kelantan #info banjir #Sungai Golok #hujan berterusan #terkini