Paras air Sungai Klang naik punca banjir kilat

Astro Awani
Oktober 2, 2018 20:05 MYT
Hujan lebih satu jam menyebabkan LDP dinaiki air dan laluan sesak berikutan kenderaan terperangkap. - Foto Sinar Harian
Paras air di Sungai Klang yang didapati amat tinggi sehingga tidak dapat melalui sistem peparitan sedia ada telah menyebabkan air melimpah di kawasan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) petang Selasa.
Menurut kenyataan syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), kejadian yang berlaku di KM23.4 hingga KM24.0 arah selatan berhadapan Bandar Puteri Puchong juga disebabkan oleh taburan hujan sebanyak 117.5 mm yang dikategorikan sebagai sangat lebat.
Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati faktor-faktor tersebut menyebabkan berlakunya banjir kilat yang berlaku sekitar jam 5.05 petang.

Sila rujuk kenyataan rasmi dibawah berkenaan kejadian banjir kilat di KM 23.4 - KM 24, Bandar Puteri Puchong, LDP pada 2 Oktober 2018. pic.twitter.com/sPrxkP2FZu

— LDP Trafik (@LDPtrafik) October 2, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara faktor lain adalah limpahan banjir lumpur akibat kerja-kerja pembinaan berhampiran persimpangan Bandar Puteri oleh pihak pemaju yang mengalir ke laluan utama LDP.
Bagaimanapun, ketika kejadian banjir kilat petang tadi longkang dan pembetung di kawasan terlibat didapati telah diperiksa dan diselenggara mengikut tetapan rutin.
Pasukan penyelengaraan Litrak dan Emergency Respone Team telah digerakkan serta merta untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat dan banjir kilat mula surut sekitar jam 6.04 petang.
Berikutan kejadian banjir kilat itu juga, LITRAK menegaskan lokasi yang terjejas adalah di Bandar Puteri Puchong dan bukan di kawasan LDP berhadapan pusat beli belah IOI.
BACA: Banjir kilat depan IOI Mall menghala Puchong Perdana
#banjir #LDP #Lebuhraya Damansara-Puchong #Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd #LITRAK #paras air #sungai klang