PENDANG: Penduduk di daerah Pendang diminta supaya menyimpan dokumen penting dan mengalihkan barangan ke tempat tinggi berikutan paras air Sungai Pendang telah melepasi amaran.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, sehingga jam 8 malam tadi bacaan air Sungai Pendang menunjukkan paras amaran 2.52 meter, iaitu melebihi paras normal 2.30 meter.
“Hujan berterusan selama dua hari telah menyebabkan paras air sungai meningkat dan kita bimbang ia akan melimpah memasuki rumah penduduk.
“Menerusi pemantauan anggota, hanya dua rumah penduduk di Kilang Taugeh dinaiki air.
“Namun penghuninya tidak dipindahkan kerana tinggal di tingkat atas rumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, ketika ini pemantauan masih dilakukan di empat kampung berhampiran Sungai Pendang bagi membantu penduduk sekiranya banjir berlaku.
"Kampung yang berisiko dilanda banjir adalah Kampung Seberang Pendang, Kampung Banggol Kambing, Kilang Taugeh dan Belakang Balai Bomba,” ujarnya.
Yuslina memaklumkan, anggota APM kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya hujan lebat turun lebih dua jam berlakunya banjir.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Aug 04 2022
Kampung yang berisiko dilanda banjir adalah Kampung Seberang Pendang, Kampung Banggol Kambing, Kilang Taugeh dan Belakang Balai Bomba. - Astro AWANI
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Hujan dicerap selepas OPA di tiga kawasan sasaran Sabah
Purata curahan hujan antara lima dan 10 mm/h selepas OPA dilaksanakan di tiga kawasan sasaran iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau.
Warta kawasan sumber air antara langkah urus krisis air Sabah - Jeffrey
Sabah akan mewartakan semua kawasan sumber air sebagai langkah proaktif bagi mengatasi krisis bekalan air pada masa akan datang terutama ketika berdepan bencana kemarau.
Paras air dua sungai di Langkawi semakin menyusut - SADA
Bacaan paras air dua sungai di Langkawi semakin menyusut berikutan cuaca panas yang berterusan di Kedah.
Situasi banjir di Segamat tidak berubah, 43 mangsa di PPS
Tinjauan situasi di Stesen Telemetri JPS mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya yang menunjukkan trend meningkat.
Mangsa banjir di Johor, Pahang meningkat pagi ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 7,536 orang berbanding 7,025 orang direkodkan malam tadi.
Jumlah mangsa banjir di Johor rekod sedikit peningkatan - NADMA
Terdapat 23 jalan ditutup susulan bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh serta akibat tanah runtuh.
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga Ahad
Amaran itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Penduduk berhampiran Sungai Golok di Pasir Mas perlu waspada banjir
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok perlu sentiasa berwaspada dengan situasi banjir dan segera berpindah susulan peningkatan paras air sungai terbabit yang melebihi paras bahaya.
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Tiga PPS di daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 200 orang daripada 67 keluarga.