awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras biotoksin turun, namun kerang Port Dickson belum selamat dimakan

Bernama
Bernama
19/09/2025
06:00 MYT
Paras biotoksin turun, namun kerang Port Dickson belum selamat dimakan
JPNS akan meneruskan pengambilan sampel secara berkala setiap minggu bagi memastikan paras biotoksin kekal rendah dan stabil sebelum sebarang keputusan dibuat untuk menarik balik larangan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Ujian makmal oleh Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) terhadap sampel air laut dari perairan Port Dickson beberapa hari lepas mendapati paras biotoksin menunjukkan trend penurunan, iaitu di bawah 800 bahagian per bilion (ppb).

Ringkasan AI
  • Ujian makmal oleh PBPKL menunjukkan paras biotoksin di perairan Port Dickson telah menurun kepada bawah 800 ppb, namun larangan mengutip dan memakan kupang serta kerang-kerangan masih dikekalkan buat masa ini.
  • JPNS akan meneruskan pengambilan sampel secara berkala setiap minggu bagi memastikan paras biotoksin kekal rendah dan stabil sebelum sebarang keputusan dibuat untuk menarik balik larangan.
  • Larangan sementara melibatkan kawasan dari Sungai Sekawang ke Tanjung Teluk, Pasir Panjang, dengan orang awam dinasihatkan tidak mengambil atau memakan kerang-kerangan dari kawasan terbabit bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe berkata bagaimanapun larangan mengutip dan memakan kupang serta kerang-kerangan di kawasan berkenaan masih dikekalkan buat masa ini, sehingga pemantauan lanjut selesai.
"Paras biotoksin sudah menunjukkan penurunan sedikit daripada paras bahaya, tetapi kami memerlukan sedikit masa lagi untuk pengambilan sampel bagi memastikan paras biotoksin kekal rendah dan stabil.
"Buat masa ini, larangan mengambil dan memakannya masih dikekalkan. Kami akan melakukan pengambilan sampel secara berkala setiap minggu bagi memastikan bacaan paras biotoksin benar-benar selamat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kasim sebelum ini dilaporkan berkata pengusaha dan penternak melalui sistem pancang dan panggar kupang dari Sungai Sekawang ke Tanjung Teluk, Pasir Panjang, diminta menghentikan sementara kerja mengambil, mengutip, mengeluarkan dan menuai kerang-kerangan dari perairan Port Dickson.
Beliau berkata larangan itu dikeluarkan sehingga siasatan serta pemantauan pihaknya selesai dijalankan, dan orang awam dinasihatkan supaya tidak makan kerang-kerangan dari kawasan terbabit bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerang port dickson
#biotoksin
#perairan port dickson
#larangan makan kerang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan