KUALA LUMPUR: Susuk badannya mungkin kecil dan usianya baru mencecah 19 tahun, namun itu semua tidak menghalang pemanah recurve negara Ariana Nur Dania Mohamad Zairi untuk bersinar dengan menempah dua kategori di Sukan Olimpik Paris 2024.
Lebih menakjubkan beliau yang akan membuat penampilan sulung dalam temasya berprestij itu, berjaya memperoleh tiket kategori individu wanita hanya pada penampilan antarabangsa kedua di Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand 2023 pada November.
Malah beliau mengepalai pasukan recurve wanita yang turut dibarisi Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh untuk mencipta sejarah buat julung kalinya Malaysia mempunyai wakil dalam kategori berkenaan selepas mereka mara separuh akhir kejohanan kejohanan ArcheryInParis Final Olympic Qualifier di Antalya, Turkiye, awal bulan lepas.
Bagaimanapun timbul persoalan berhubung matlamat yang akan 'dibidik' Ariana Nur Dania dalam temasya yang dijadual berlangsung bulan hadapan itu, sama ada beliau sekadar mengambil pengalaman atau menyasarkan podium?
Jika difikirkan, juara bertahan An San dari Korea Selatan boleh dijadikan sumber inspirasi apabila beliau yang membuat penampilan pertama di Olimpik Tokyo 2022 ketika berusia 20 tahun, mencipta sejarah dengan menjadi pemanah pertama menuai tiga pingat emas menerusi kategori individu, berpasukan wanita dan campuran dalam satu edisi sama.
San juga memecahkan rekod 25 tahun Olimpik apabila mengumpul 680 daripada 720 mata semasa kelayakan individu wanita di Tokyo 2020 sekali gus memperbaharui rekod atlet Ukraine, Lina Herasimenko yang dibuat pada 1996 di Atlanta, iaitu sebanyak 673 mata.
Meskipun begitu langit tidak selalunya cerah apabila jaguh Olimpik itu terlepas peluang mempertahankan gelarannya di Olimpik Paris selepas tersingkir pada peringkat ketiga ujian pasukan kebangsaan Korea Selatan yang diadakan di kampung halamannya, Gwangju pada 11 Mac lepas.
Pencapaian San membuktikan faktor debut bukanlah alasan untuk tidak mendambakan podium bahkan emas, kerana hal itu bukanlah mustahil cuma memerlukan semangat luar biasa untuk menukar impian menjadi realiti.
"Kalau ada rezeki, ada medal tapi saya tak letak jangkaan tinggi sangat sebab saya tahu berada di mana dalam peringkat dunia ini, harapan saya untuk buat yang terbaik. Pencabar terbesar dari Korea Selatan, USA, India, China dan Great Britain.
"Bagi saya mereka ini sangat tenang ketika memanah (shoot) dan saya kagum. Jadi mungkin itu faktor mereka berada dalam kalangan terbaik," kata atlet dari Kuala Lumpur itu kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut laman sesawang masarchery.org, Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera, untuk memperkemas teknik selain menyerap sebanyak ilmu untuk dijadikan bekalan di Paris.
Langkah diambil Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dilihat tepat apabila negara yang sinonim dengan 'K-pop' itu paling berjaya pada acara memanah Sukan Olimpik dengan memenangi 27 pingat emas, sembilan perak dan tujuh gangsa dengan keseluruhan 43 pingat.
Memanah pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik Paris 1900 dan dipertandingkan sekali lagi pada edisi St. Louis (1904), London (1908) dan Antwerp (1920) sebelum 'direhatkan' selama 52 tahun daripada program Olimpik.
Sukan itu bagaimanapun diperkenalkan semula pada Sukan Olimpik Munich 1972 dan kekal dalam program Olimpik sehingga kini.
Olimpik Paris 2024 dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Profil:
Ariana Nur Dania Mohamad Zairi
-------------------------------------------
Umur: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Adik-beradik: Anak kedua daripada empat
Tinggi: 154 cm
Mula memanah: 10 tahun
Ranking: ke-43 dunia (individu)
Pencapaian:
Emas Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok 2023
Perak acara berpasukan wanita di kejohanan ArcheryInParis Final Olympic Qualifier di Antalya, Turkiye 2024
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Paris sudah sedia untuk sukan paralimpik, kata Presiden IPC
"Jika seseorang bertanya kepada saya sama ada bandaraya ini sudah bersedia, saya akan katakan ya."
Paralimpik Paris: Pemilihan atlet berdasarkan potensi hadirkan pingat untuk Malaysia - MPM
Pemilihan dibuat berasaskan analisis yang dilakukan ke atas atlet dan diputuskan bersama antara MPM, MSN, ISN dan persatuan sukan terlibat.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Saiz kontinjen ke Paris 2024 mungkin kecil daripada jangkaan
Saiz Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, berisiko menjadi lebih kecil berbanding beberapa edisi terdahulu selepas beberapa nama besar gagal melayakkan diri.
Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik
Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
Sukan Asia: Ayuh Malaysia, bangkit ke arah Paris 2024!
China merupakan juara keseluruhan Sukan Asia sejak 1982 dan sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini, sudah pasti mereka mahu menggapai kegemilangan yang luar biasa apabila acara berpingat bermula secar
Kecederaan jejas impian Nur Dhabitah raih tiket ke Paris 2024 lebih awal
Kecederaan pergelangan tangan telah meragut impian penerjun elit negara Nur Dhabitah Sabri untuk mencipta kegemilangan pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun.
Lebih 80 peratus rakyat Perancis dapati tiket Olimpik Paris 2024 terlalu mahal
Kira-kira 82 peratus daripada responden mengatakan harga tiket untuk acara itu sukar untuk dibeli atas faktor harga.