awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parkir bertingkat HRPB dibuka kepada pelawat selepas isu 'salah faham'

Aida Aziz
Aida Aziz
01/03/2022
10:13 MYT
Parkir bertingkat HRPB dibuka kepada pelawat selepas isu 'salah faham'
Pada Februari lalu, Menteri Besar Perak dilaporkan berkata akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan hospital bagi mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan. - Gambar fail/ Bernama
IPOH: Isu kemudahan ruang parkir bertingkat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini yang didakwa hanya untuk kegunaan kakitangan sahaja sehingga tular di media sosial, kini sudah dibuka untuk kegunaan pelawat.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata sebelum ini berlaku salah faham apabila orang ramai terutama pelawat mengandaikan ruang parkir berkenaan dihadkan kepada kakitangan hospital terbabit sahaja.
Jelas beliau, ia tidak tepat kerana penutupan sementara itu dibuat Pengarah HRPB kerana mahu mengurangkan jumlah kemasukan pelawat ke bangunan berkenaan, ekoran kes penularan COVID-19 yang tinggi.
“Kawasan parkir di situ sebenarnya ada dibahagikan antara ruang awam dengan kakitangan hospital.
“Akan tetapi buat sementara waktu sejak awal tahun lalu, pengarah hospital membuat keputusan untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk orang awam disebabkan COVID-19 dan mahu memastikan mereka yang masuk itu mempunyai status lengkap vaksinasi.
"Oleh kerana itu berlaku sedikit kekeliruan. Jadi sekarang mereka (pihak hospital) sudahpun mengubah semula (keputusan berkenaan) untuk membuka ruang parkir itu kepada orang awam mengikut seperti (ketetapan) yang dahulu," katanya.
Beliau terdahulu ditemui pemberita ketika hadir pada Majlis Pelancaran Logo Jelajah Denai Sungai Negeri Perak Sejahtera Tahun 2022 yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di sini pada Selasa.
Sebelum ini tular di media sosial apabila orang ramai terutama pelawat HRBP meluahkan kekecewaan apabila mendakwa ruang parkir bertingkat di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi (KWKK) di situ tidak dibuka kepada orang awam terutama pelawat.
Mereka mendakwa ekoran daripada itu berlaku kesukaran dalam urusan pelawat terutama yang datang membawa pesakit untuk berurusan di hospital berkenaan.
Pada Februari lalu, Menteri Besar Perak dilaporkan berkata akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan hospital bagi mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.
Katannya kerajaan negeri memandang serius masalah itu dan mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun untuk melihat isu tersebut.
Topic Berkaitan
#isu parkir
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#HRPB
#salah faham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan