MALAYSIA
Parlimen Belia diperkasa dengan sistem baharu, sasar kepimpinan lebih berwawasan
Johari berkata antara pembaharuan utama dibincangkan adalah penyelarasan jumlah ahli PBMy kepada 222 orang, selaras dengan jumlah Ahli Dewan Rakyat bagi mencerminkan struktur sebenar institusi Parlimen. - Gambar fail
SEREMBAN: Parlimen Belia Malaysia (PBMy) akan terus diperkasakan dengan pembaharuan dasar dan sistem bagi menyasarkan kepimpinan lebih berwawasan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Ringkasan AI
Beliau berkata PBMy sebagai satu pencetus perubahan dalam pembangunan kepimpinan belia negara yang bukan sahaja mampu memahami sistem demokrasi berparlimen, tetapi juga bersedia menghadapi cabaran politik dan sosial abad ke-21.
Johari berkata antara pembaharuan utama dibincangkan adalah penyelarasan jumlah ahli PBMy kepada 222 orang, selaras dengan jumlah Ahli Dewan Rakyat bagi mencerminkan struktur sebenar institusi Parlimen.
"Selain itu, penggunaan sistem Perwakilan Berkadar menerusi kaedah Senarai Parti Tertutup bagi pemilihan perwakilan, pelaksanaan keseluruhan proses secara dalam talian merangkumi pendaftaran pemilih, penubuhan dan pendaftaran parti serta pengundian.
"Pengukuhan modul kepimpinan secara berfasa bagi mempersiapkan ahli PBMy sebagai pemimpin masa depan yang dinamik, berprinsip dan berdaya tahan," katanya pada majlis perasmian Bengkel Buku Panduan Parlimen Belia Malaysia (PBMy) 2025 di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Penasihat PBMy Tan Sri Borhan Dolah dan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman serta 50 peserta daripada pelbagai agensi pelaksana seluruh negara.
Dalam ucapannya, Johari turut memetik laporan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang menunjukkan 0.9 peratus Ahli Dewan Rakyat berumur di bawah 30 tahun, manakala 12.6 peratus berumur di bawah 40 tahun iaitu perlu ditangani segera melalui pelaksanaan dasar dan program seperti PBMy.
Bengkel diadakan hari ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, institusi akademik dan pertubuhan masyarakat sivil dalam merangka sebuah dokumen panduan yang sahih, praktikal dan menepati kehendak perundangan serta keperluan semasa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Parlimen Belia Malaysia (PBMy) akan diperkasa melalui pembaharuan dasar dan sistem termasuk penyelarasan jumlah ahli kepada 222 orang serta penggunaan sistem Perwakilan Berkadar dan proses pemilihan secara dalam talian.
- Modul kepimpinan berfasa akan diperkenalkan bagi melahirkan pemimpin belia yang dinamik dan berdaya tahan, selaras dengan usaha menangani kekurangan wakil muda dalam Dewan Rakyat seperti dilaporkan oleh IPU.
- Bengkel Buku Panduan PBMy 2025 menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan untuk merangka dokumen panduan yang sahih dan praktikal, bagi memperkukuh pembangunan kepimpinan belia negara.