awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen bukan medan dengar syarahan - Majlis Presiden PH

Hakim Rahman
Hakim Rahman
07/07/2021
02:37 MYT
Parlimen bukan medan dengar syarahan - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH kesal dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang dilihat hanya berniat memberi penerangan berkaitan Pelan Pemulihan Negara COVID-19 tanpa sebarang perbahasan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan tempoh lima hari Dewan Rakyat bersidang terlalu singkat untuk membahaskan perkara yang dititikberatkan oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Kata mereka, Parlimen adalah medan mendengar masalah, menyuarakan rintihan dan memulihkan harapan rakyat di samping mencari penyelesaian kepada krisis negara.
“Prinsip akauntabiliti dan ketulusan perlu ditegakkan dengan peranan semak dan imbang yang melibatkan semua Ahli Parlimen, dan Parlimen bukannya pentas untuk hanya mendengar kuliah Menteri tanpa diberi ruang membahas,” katanya dalam satu kenyataan.
Majlis Presiden PH turut kesal tindakan Kerajaan Perikatan Nasional yang dilihat hanya berniat untuk memberi penerangan berkaitan Pelan Pemulihan Negara COVID-19 tanpa sebarang perbahasan, dan Proklamasi serta Ordinan-Ordinan Darurat hanya akan dibentang dan tidak dibahas mahupun diputuskan.
“Ini langsung tidak menepati titah pandangan Seri Paduka Baginda.
“Sekiranya Kerajaan PN masih engkar titah pandangan Seri Paduka Baginda, maka persidangan Parlimen kali ini hanyalah satu sandiwara politik dan bagai 'melepaskan batok di tangga',” katanya.
Justeru, kerajaan digesa melibatkan pihak pembangkang untuk bersama-sama merangka serta mengatur perjalanan sidang khas Parlimen ini untuk mengusahakan penyelesaian keluar daripada krisis COVID-19 dan ekonomi.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini memaklumkan Parlimen akan bersidang bermula 26 Julai selama lima hari bagi Dewan Rakyat, dan bermula 3 Ogos selama tiga hari bagi Dewan Negara.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#Perdana Menteri
#Parlimen
#ekonomi
#COVID-19
#Majlis Presiden
#sandiwara politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan