awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2024
05:37 MYT
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Lim Hui Ying memberitahu, hasil cukai kekal menjadi penyumbang utama iaitu 79.5 peratus daripada jumlah hasil atau 12.57 peratus daripada KDNK. -Foto Japen
KUALA LUMPUR: Hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024 disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memberitahu, hasil cukai kekal menjadi penyumbang utama iaitu 79.5 peratus daripada jumlah hasil atau 12.57 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Hasil cukai kekal sebagai penyumbang utama iaitu 79.5 peratus daripada jumlah hasil atau 12.57 peratus daripada KDNK, manakala hasil bukan cukai mewakili 20.5 peratus (hasil) atau 3.24 peratus daripada KDNK.
"Kutipan hasil akan disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh serta langkah yang diambil untuk meningkatkan lagi mobilisasi hasil melalui perluasan asas cukai serta menambah baik pematuhan dan ketelusan cukai," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian kepada soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mengenai langkah-langkah yang diambil Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula struktur percukaian semasa dengan mengambil kira keperluan perubahan ekonomi semasa.
Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, kerajaan kekal komited dalam konsolidasi fiskal bagi jangka sederhana.
Jelasnya, tumpuan khusus akan diberikan bagi memastikan kemampanan fiskal dapat dicapai melalui penjanaan hasil yang mampan dan keberkesanan perbelanjaan melalui peningkatan kecekapan, mengurangkan ketirisan dan pembaziran.
Menjawab soalan tambahan, Hui Ying menjelaskan kerajaan tidak bercadang untuk memperketat atau memperkenalkan undang-undang baharu bagi nenangani isu penyelewengan cukai.
Sebaliknya, kata beliau, undang-undang sedia ada sudah memadai.
"Peruntukan undang-undang sedia ada juga dilihat dapat membantu mengatasi penyelewengan yang berlaku dalam strukur cukai.
"Kita juga akan memantau dari semasa ke semasa dan memastikan semua berjalan dengan sewajarnya.
"Dalam masa sama, pelaksanaan e-invois secara berperingkat bermula tahun ini membolehkan pengesanan ketidakpatuhan cukai dengan lebih berkesan," ujarnya.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#Belanjawan 2024
#Dewan Rakyat
#Lim Hui Ying
#kutipan hasil cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan