awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Kerajaan ulang pendirian tidak luluskan penjualan atau pengambilan LTSAAS

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
16/11/2021
05:53 MYT
Parlimen: Kerajaan ulang pendirian tidak luluskan penjualan atau pengambilan LTSAAS
LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, hak dan operasi lapangan terbang itu masih seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian pajakan sebelum ini.
“Setakat ini kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian LTSAAS kepada entiti perniagaan swasta.
“Hak dan pengopersian lapangan terbang itu kekal seperti mana diperuntukkan di bawah perjanjian pajakan yang diberikan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
“Ia adalah untuk mengendali, mengurus, menyelenggara, menetap dan mengguna lapangan terbang itu sehingga 2034 melalui Operating Agreement dan sehingga 2067 melalui Lease Agreement,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Ikuti perkembangan dan corat-coret sidang Parlimen di sini
Tiada perancangan lulus atau jual LTSAAS - Ka Siong
Tambah beliau, MAHB juga bertanggungjawab untuk membangunkan lapangan terbang itu sebagai hub aeroangkasa antarabangsa seperti mana diputuskan jemaah menteri pada 2005.
Kenyataan itu merupakan kenyataan susulan daripada keputusan sama dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) pada Jun lepas.
Menerusi satu kenyataan, MoF memaklumkan, hartanah lapangan terbang itu merupakan aset strategik kerajaan.
MoF berkata LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009.
Selain itu, MOF turut memaklumkan sebahagian tanah LTSAAS telah dipajakkan oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun iaitu 2007 hingga 2037, merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
#LTSAAS
#Dewan Rakyat
#Wee Ka Siong
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan