KUALA LUMPUR: Malaysia terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kajian yang membabitkan 10 lokasi itu merangkumi lapan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bakal dimulakan hujung bulan ini.
Beliau memberitahu, kajian itu akan diselaraskan oleh Kajian Klinikal Malaysia (CRM) dengan penglibatan Institut Penyelidikan Klinikal.
"Beberapa sesi perbincangan telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 untuk mendapatkan status semasa dan data berkaitan keberkesanan serta keselamatan penggunaan vaksin bagi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.
"Walaupun masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 setakat ini, Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin (JKPCV), KKM sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas populasi tersebut berdasarkan bukti- bukti saintifik melalui kajian klinikal
atau Real World Data," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Mengulas lanjut, Aaron Ago memaklumkan beberapa kajian klinikal sedang dan telah dijalankan di peringkat global.
"Pada 20 September 2021 pihak Pfizer-BioNTech mengeluarkan hasil dapatan kajian klinikal Fasa 3 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
"Vaksin didapati selamat, ditoleransi dengan baik dan menunjukkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat. Seterusnya berdasarkan kenyataan media pihak Pfizer and BionTech pada 15 Oktober 2021, data kajian klinikal tersebut telah dikemukakan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan European Medicines Agency (EMA)," jelasnya.
Selain itu katanya, China telah meluluskan dua vaksin COVID-19 yang dihasilkan Sinovac Biotech Ltd. dan Sinopharm untuk penggunaan kecemasan untuk mereka berusia tiga hingga 17 tahun.
Menurutnya, kajian klinikal Fasa 1 dan 2 yang dijalankan oleh mereka mendapati vaksin tersebut selamat dan mampu merangsang tindak balas imun yang kuat di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Umavathi Ramayah
Tue Oct 26 2021
Aaron Ago berkata, kajian yang membabitkan 10 lokasi merangkumi lapan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bakal dimulakan hujung bulan ini. - Gambar hiasan/Astro AWANI
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.