awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis
Amaran rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen medium terbaik, perlu perincian jelas menuju endemik - Shahril Hamdan

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2021
08:33 MYT
Parlimen medium terbaik, perlu perincian jelas menuju endemik - Shahril Hamdan
Menurut Shahril Hamdan, perincian semua perkara berkait usaha menentang pandemik ini perlu dibentangkan dengan jelas supaya cadangan penambahbaikan dapat diutarakan.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Parlimen yang akan bermula esok perlu menjadi medium terbaik untuk mengumpul pandangan dan penambahbaikan dalam mendepani pandemik COVID-19 yang belum berkesudahan.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, perincian berkenaan semua perkara berkait usaha menentang pandemik ini perlu dibentangkan dengan jelas supaya cadangan penambahbaikan dapat diutarakan.
Menurut beliau, sekiranya kerajaan menetapkan bahawa wabak ini akan menjadi endemik, maka segala proses peralihan yang akan dilaksanakan perlu diberi penjelasan sewajarnya.
"Kita (Malaysia) ada Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV) yang ditugaskan untuk mewujudkan gelembung pekerjaan selama, apakah gelembung selamat tersebut? Kita nak dengarkan perincian.
"Kita dengar desas-desus bahawa mereka yang telah terima dua dos vaksin akan diberi kelonggaran, tetapi perincian itu mesti jelas, mudah faham dan mesti diterangkan sewaktu sidang Parlimen.
"Ia supaya perkara itu boleh ditegur, ditambah baik oleh Ahli-ahli Parlimen lain," kata Shahril kepada Astro AWANI.
Antara perkara lain yang beliau mahu dibentangkan dengan terperinci adalah garis masa Program Imunasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Mengakui pelaksanaan PICK semakin baik, namun beliau menyifatkan Mesyuarat Khas Parlimen kali ini masih perlu menjadi medan terbaik untuk diberi penjalasan.
"Ini kerana Ahli-ahli Parlimen akan boleh membantu operasi di PPV dan bantu kadar pendaftaran.
"Kawasan-kawasan yang mencatatkan pendaftaran yang rendah, maka Ahli-ahli Parlimen boleh mainkan peranan untuk tangani isu ini," jelasnya.
Justeru, Shahril berharap penjelasan yang diberikan terutama melibatkan bantuan kewangan mesti berteraskan 'mesra rakyat'.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#UMNO
#PPV
#PICK
#bantuan kewangan
#pandemik
#COVID-19
#Shahril Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan