awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Maslan
Haba lautan dunia cecah rekod tertinggi pada 2025 - Analisis saintis
Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks komposit cecah paras tertinggi lebih daripada enam tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Penggulungan RMK-12 bermula hari ini

Bernama
Bernama
05/10/2021
00:14 MYT
Parlimen: Penggulungan RMK-12 bermula hari ini
Hari ini bermula sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat oleh kementerian-kementerian selepas rancangan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025 itu dibahaskan di Parlimen. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hari ini bermula sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat oleh kementerian-kementerian selepas rancangan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025 itu dibahaskan di Parlimen.
Sebanyak 106 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan RMK12 selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Sept.
Antara isu dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen dalam perbahasan selama empat hari bermula 28 Sept itu adalah kesihatan, vaksin COVID-19, pembangunan Sabah dan Sarawak, kemiskinan, impak pasca-COVID-19 dan pengurusan bekalan air negara.
Berdasarkan takwim Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas 2021 di portal Parlimen sesi penggulungan oleh kementerian dijadual berlangsung hingga Khamis.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat persidangan hari ini dimulakan dengan sesi Waktu Pertanyaan Menteri melihatkan soalan untuk Perdana Menteri berkaitan sekuriti tenaga (energy security) di negara ini ketika berlaku krisis tenaga global dan hala tuju untuk meningkatkan sekuriti tenaga negara.
Dua lagi soalan untuk sesi berkenaan adalah untuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai adakah kementerian bercadang menetapkan paras siling komisen harga jualan bilik melalui OTA (Online Travel Agent) dan Menteri Perpaduan Negara berkaitan sejauh mana Tabika Perpaduan memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Bagi waktu pertanyaan jawab lisan pula Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan setakat manakah tahap kebolehpasaran graduan semasa pandemik COVID-19 dan langkah bagi menyediakan graduan yang berdaya saing di pasaran pekerjaan.
Turut ditanya adalah soalan mengenai keberkesanan modul sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) yang diajukan oleh Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) kepada Menteri Kanan Pendidikan.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 berlangsung selama 17 hari hingga 12 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#penggulungan RMK-12
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan