Parlimen: RUU Perbekalan 2022 Kementerian Kewangan, Perusahaan Peladangan dan Komoditi lulus

Umavathi Ramayah
November 24, 2021 10:24 MYT
RUU Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diluluskan. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Perkara itu diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon secara berasingan, menerusi undian suara majoriti.
Kelulusan Kementerian Kewangan melibatkan peruntukan RM15,946,434,600 bagi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Belanjawan 2022.
Sementara Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi membabitkan peruntukan RM417,482,300 bagi Perbelanjaan Mengurus Belanjawan 2022.
Tiada Ahli Parlimen yang bangun meminta undian belah bahagian dilakukan.
#Dewan Rakyat #Kementerian Kewangan #Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi #bajet 2022