[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Parlimen: RUU Perbekalan 2022 Kementerian Luar lulus

Astro Awani 23/11/2021 | 11:07 MYT
Kamarudin menggulung perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar hari ini. - Gambar JAPEN
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.
Perkara itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.
Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM760,404,100 membabitkan bekalan B13 Perbelanjaan Mengurus serta P13 bagi Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2022.
Ahli Dewan Rakyat sebelum itu berbahas pada peringkat jawatankuasa RUU itu sebelum Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar menggulung perbahasan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kementerian Luar #Parlimen #RUU lulus #Belanjawan 2022