Parti politik yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) dinasihatkan tidak memasang bahan-bahan kempen seperti bendera atau sepanduk parti pada tiang, kabel, peti pembekal, pencawang dan pepasangan elektrik lain dalam keghairahan mereka berkempen.
Ketua Ketua Pegawai Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana risiko terkena renjatan elektrik, dan boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik jika percikan arka (flashover) berlaku.
“Aktiviti berbahaya ini juga menyalahi peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), iaitu merosakkan pepasangan elektrik.
“Walaupun tiang bendera yang digunakan diperbuat daripada buluh, ia tetap berisiko untuk terkena renjatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, beliau meminta kerjasama parti-parti politik supaya tidak meletakkan tiang bendera atau sebarang sepanduk berhampiran kabel atau pencawang elektrik.
Roslan turut mengingatkan orang ramai akan bahaya memegang atau membawa tiang bendera di bawah mana-mana pepasangan elektrik kerana ia boleh menarik arus elektrik, sekali gus menyebabkan renjatan elektrik pada mereka yang berada berhampiran.
Menurutnya, TNB akan membuat pemantauan serta membuang bahan kempen yang diletakkan berhampiran pepasangannya jika berisiko tinggi kepada pengguna.
Orang ramai yang melihat sebarang keadaan yang boleh mengancam keselamatan atau menjejaskan bekalan elektrik, diminta merujuk Facebook TNB CareLine atau menghubungi TNB Careline di 15454 agar tindakan sewajarnya dapat diambil dengan segera.
Firdaus Azil
Wed Mar 21 2018
TNB akan membuat pemantauan serta membuang bahan kempen yang diletakkan berhampiran pepasangannya jika berisiko tinggi kepada pengguna. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Parti politik nak kempen boleh tapi jangan kacau tiang kami' - TNB
Perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana risiko terkena renjatan elektrik, dan boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik jika percikan arka (flashover) berlaku.