PONTIAN: Kesan parut tiga das tembakan di tubuh menjadi bukti pengorbanan dan penderitaan Lans Koperal (B) Samin Parlan dalam menentang komunis 46 tahun lepas.
Samin, 82, sesungguhnya tidak akan melupakan insiden tembak-menembak yang berlaku di pekarangan sebuah rumah di Jalan Princes, Pasir Pinji, Perak pada 5 petang, 25 Ogos 1976 ketika beliau berkhidmat sebagai anggota Terup 5C Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Dalam kejadian itu, beliau yang ketika itu berpangkat konstabel dan berusia 36 tahun terkena dua tembakan di perut serta satu di dada.
Menceritakan peristiwa hitam itu kepada Bernama, Samin berkata ketika itu beliau bersama dua rakan, dikenali sebagai Yam Yam Fong dan Mohamad Salleh ditugaskan untuk membantu seorang Pegawai Cawangan Khas Inspektor Mat Zin ke rumah tersebut yang dipercayai tempat persembunyian komunis.
"Sebaik sampai di rumah berkenaan, kami melihat ada seorang lelaki dipercayai ejen komunis keluar dari hutan berdekatan hendak masuk ke rumah itu dan kami tahan serta periksa.
"Tak lama selepas itu terdengar bunyi tembakan, tapi tak dapat dipastikan dari arah mana tembakan itu. Ia berlaku dengan cepat dan kami berbalas tembakan. Saya hanya sedar apabila sudah terbaring cedera bersama Mohamad manakala Yam selamat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kayu Ara Pasong di sini baru-baru ini.
Beliau berkata Inspektor Mat dan seorang ejen komunis maut dalam insiden itu namun polis berjaya merampas selaras pistol, sejumlah peluru dan sejumlah dokumen berkaitan komunis di lokasi kejadian.
Bergenang air mata bapa kepada dua anak itu apabila menceritakan terpaksa dirawat kira-kira empat bulan di Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan dialami, lebih-lebih lagi mengenangkan isterinya, Azizah Sohadi, yang kini berusia 72 tahun dan anak-anaknya yang masih kecil ketika itu.
Samin berkata kesakitannya tidak terhenti di situ kerana terpaksa menanggung derita selama 10 tahun akibat tembakan di perut kanan yang terkena saraf sekali gus menyukarkannya untuk berjalan dan perlu menggunakan tongkat sehingga kini.
"Satu tembakan di dada tidak tembus dan hanya menyebabkan luka, satu peluru di perut kiri berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan tetapi satu peluru di perut kanan tersangkut dan terkena saraf.
"Doktor pada masa itu memaklumkan sangat berbahaya untuk mengeluarkan peluru itu, oleh sebab itu saya kena tanggung sakit dan derita selama 10 tahun hingga saya berubat rawatan Islam sekitar 1986 dan serpihan peluru itu akhirnya dapat juga dikeluarkan," katanya.
Samin yang bersara pada 1995 selepas berkhidmat 31 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata peristiwa itu sentiasa segar dalam ingatannya namun terbuku hasrat ingin berjumpa dengan Yam dan Mohamad yang telah terputus hubungan selepas kejadian itu.
"Yam dan Mohamad ditukarkan ke tempat lain selepas kejadian itu dan saya tidak dapat berjumpa langsung dengan mereka, tidak tahu ke mana (mereka ditukarkan)... kami terputus hubungan dan kejadian itu berlalu begitu sahaja," katanya.
Samin yang masih mengingati nombor badan (nombor anggota) Yam iaitu 6030 manakala Mohamad bernombor 41915 berkata beliau sentiasa mendoakan kesejahteraan dua rakannya itu dan berharap dapat berjumpa jika mereka masih hidup.
Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) itu pada masa sama turut menitipkan pesanan buat semua wira dan wirawati negara agar sentiasa cekal dalam menjalankan tugas, amanah dan setia kepada negara, agama dan bangsa.
"Kepada semua wira dan wirawati di darat, laut dan udara yang sentiasa bertugas untuk bangsa dan negara, Keluarga Malaysia sentiasa mendoakan kamu semua.
"Pada masa yang sama, jangan lupa kepada saudara kita yang banyak berjasa dan telah uzur serta hilang keupayaan tenaga serta balu-balu dan anak-anak yang kehilangan keluarga dalam mencapai kebebasan negara tercinta ini," kata Samin yang menerima PJPN awal tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Samin yang bersara pada 1995 selepas berkhidmat 31 tahun dengan PDRM terbuku hasrat ingin berjumpa dengan Yam dan Mohamad yang telah terputus hubungan selepas kejadian pada 1976. - Foto ihsan Polis Pontian
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Parut tembakan bukti pengorbanan Samin tentang komunis
Dalam kejadian pada 25 Ogos 1976 itu, beliau yang ketika itu berusia 36 tahun terkena dua tembakan di perut serta satu di dada.