awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas Selangor gesa tubuh RCI siasat peristiwa Memali

Bernama
Bernama
21/08/2017
10:28 MYT
Pas Selangor gesa tubuh RCI siasat peristiwa Memali
SALLEHEN: Pas Selangor berpandangan sudah sampai masanya peristiwa berdarah ini dibongkar untuk mendapatkan gambaran sebenar.
Pas Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali serta pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata penubuhan suruhanjaya itu juga perlu bagi menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku dalam peristiwa berkenaan.
"Peristiwa Memali ini berlaku semasa era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pas Selangor berpandangan sudah sampai masanya peristiwa berdarah ini dibongkar untuk mendapatkan gambaran sebenar kenapa, mengapa dan bagaimana peristiwa ini berlaku.
"Kami mengharapkan satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti siapakah dalang sebenar di sebalik peristiwa berdarah ini dan mereka yang bertangggungjawab harus ke muka pengadilan untuk diadili dengan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata PAS Selangor turut melahirkan rasa kecewa di atas 'sikap lepas tangan' pemimpin tertentu yang dikaitkan dalam peristiwa itu selain beberapa bekas pemimpin PAS yang dilihat mempertahankan pemimpin berkenaan.
Sebelum ini, tercetus kekecohan dalam forum Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di sini, apabila peserta forum dilaporkan tidak berpuas hati dengan jawapan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung peristiwa Memali.
Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 itu, menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#memali
#RCI
#Sallehen Mukhyi
#siasatan
#Suruhanjaya Siasatan Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan