MALAYSIA
Pas tanpa had SMART RM68 sempena HKHM 2025
Nanta merasmikan Pas Perjalanan Tol Tanpa Had pada Majlis Peluncuran Pas Perjalanan Tol Tanpa Had Terowong SMART hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) hari ini melancarkan Pas Perjalanan Tol Tanpa Had SMART atau Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP) sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.
Ringkasan AI
MUTP ditawarkan bagi tempoh 16 Ogos hingga 16 Sept ini dengan sekali bayaran sebanyak RM68 sekali gus memberi penjimatan hampir 50 peratus khususnya kepada pengguna Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Terowong SMART).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata MUTP merupakan inisiatif terbaik dalam membawa semangat inklusif dan berjiwa rakyat, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang mengutamakan keterangkuman dan kesejahteraan rakyat.
"Melalui inisiatif MUTP ini, pengguna yang menggunakan SMART untuk berulang-alik ke tempat kerja setiap hari atau 44 kali sebulan akan menikmati penjimatan hingga RM64, memandangkan purata bayaran tol bulanan boleh mencecah RM132.
"Selain itu, ia memberi akses pantas ke pusat bandar melalui lebuh raya yang menampung purata 19,000 kenderaan sehari, sambil menyokong operasi satu-satunya terowong dwi-fungsi di dunia yang menggabungkan laluan trafik dan saliran banjir," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu di sini.
Nanta berkata inisiatif itu juga membuktikan pemain industri, khususnya di sektor infrastruktur mampu mengambil pendekatan proaktif dalam membantu rakyat mengurus kos kehidupan harian terutamanya di kawasan bandar.
"Program seperti ini bukan sahaja memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap industri lebuh raya, malah selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial, di samping memupuk nilai hormat dan ihsan dalam penyampaian perkhidmatan," katanya.
MUTP boleh dibeli antaranya di 12 lorong tol Lebuhraya SMART dari Kuala Lumpur (arah utara) dan Sungai Besi (arah selatan), kaunter jualan Plaza Tol SMART dan ruang pameran Dataran Singgahsana, Tun Razak Exchange (TRX).
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Ringkasan AI
- Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) melancarkan Pas Perjalanan Tol Tanpa Had SMART (MUTP) sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, ditawarkan dari 16 Ogos hingga 16 September dengan bayaran RM68.
- MUTP memberi penjimatan hampir 50% kepada pengguna Terowong SMART, terutamanya mereka yang berulang-alik ke tempat kerja, dengan potensi penjimatan sehingga RM64 sebulan.
- Inisiatif ini selari dengan prinsip Malaysia MADANI, menyokong kesejahteraan rakyat dan menunjukkan komitmen industri infrastruktur dalam membantu mengurangkan kos hidup bandar.
MUTP ditawarkan bagi tempoh 16 Ogos hingga 16 Sept ini dengan sekali bayaran sebanyak RM68 sekali gus memberi penjimatan hampir 50 peratus khususnya kepada pengguna Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Terowong SMART).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata MUTP merupakan inisiatif terbaik dalam membawa semangat inklusif dan berjiwa rakyat, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang mengutamakan keterangkuman dan kesejahteraan rakyat.
"Melalui inisiatif MUTP ini, pengguna yang menggunakan SMART untuk berulang-alik ke tempat kerja setiap hari atau 44 kali sebulan akan menikmati penjimatan hingga RM64, memandangkan purata bayaran tol bulanan boleh mencecah RM132.
"Selain itu, ia memberi akses pantas ke pusat bandar melalui lebuh raya yang menampung purata 19,000 kenderaan sehari, sambil menyokong operasi satu-satunya terowong dwi-fungsi di dunia yang menggabungkan laluan trafik dan saliran banjir," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu di sini.
Nanta berkata inisiatif itu juga membuktikan pemain industri, khususnya di sektor infrastruktur mampu mengambil pendekatan proaktif dalam membantu rakyat mengurus kos kehidupan harian terutamanya di kawasan bandar.
"Program seperti ini bukan sahaja memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap industri lebuh raya, malah selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial, di samping memupuk nilai hormat dan ihsan dalam penyampaian perkhidmatan," katanya.
MUTP boleh dibeli antaranya di 12 lorong tol Lebuhraya SMART dari Kuala Lumpur (arah utara) dan Sungai Besi (arah selatan), kaunter jualan Plaza Tol SMART dan ruang pameran Dataran Singgahsana, Tun Razak Exchange (TRX).
-- BERNAMA

#Pas Perjalanan Tol Tanpa Had SMART
#Merdeka Unlimited Travel Pass
#Hari Kebangsaan
#Hari Malaysia
#Alexander Nanta Linggi
#terkini