awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasang pelita tradisi menjelang Aidilfitri

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
07/05/2021
22:48 MYT
Pasang pelita tradisi menjelang Aidilfitri
Menurut Ariffin, edisi kali ini diadakan di Kampung Budaya Terengganu yang menjadi lambang kemegahan warisan adat serta tradisi masyarakat Melayu. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Pemasangan pelita di kawasan rumah dan sepanjang jalan menjadi amalan tradisi bagi menyemarakkan suasana kampung menjelang sambutan Aidilfitri.
Justeru, kerajaan negeri Terengganu menganjurkan Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2021 dalam norma baharu bermula 6 sehingga 11 Mei 2021 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, hanya 300 pengunjung dibenarkan memasuki kawasan berkenaan pada satu satu masa dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Program Pelita Raya melibatkan tujuh daerah kecuali Besut, memang kita jaga. Walaupun daerah Besut, pegawainya tidak ada masalah dengan COVID-19 tetapi oleh kerana kawasan dia sudah terjadi macam itu, kita tidak izinkan mereka datang,” katanya.
Menurut Ariffin, edisi kali ini diadakan di Kampung Budaya Terengganu yang menjadi lambang kemegahan warisan adat serta tradisi masyarakat Melayu.
Program anjuran kerajaan Terengganu menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu itu bertujuan merangsang sektor pelancongan serta menghidupkan tradisi memasang pelita menjelang sambutan Aidilfitri.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#pelita
#kampung
#Raya
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan