awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR saran bakal calon buat semakan awal
Empat ditahan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan
Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan biawak sesat ke dalam rumah

Salim Aziz
Salim Aziz
26/05/2019
02:42 MYT
Pasangan biawak sesat ke dalam rumah
Biawak seberat dua kilogram, berjaya ditangkap dengan menggunakan penjerut khas dan tangga oleh anggota bomba.
Tujuh sekeluarga berdepan detik cemas apabila menyedari kehadiran sepasang biawak yang menginap di celahan bumbung dapur kediaman mereka di Kampung Padang Limau, Karangan, Kulim.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu, keluarga tersebut yang menetap di Pulau Pinang baru sahaja tiba di rumah terbabit sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Salah seorang anggota keluarga yang menyedari kewujudan reptilia tersebut segera menelefon pihak bomba.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Kulim Hi-Tech, Pegawai Bomba Kanan 2, Zabidin Mad Isa mengesahkan pihaknya menerima panggilan pada jam 11.15 malam sebelum pihaknya bergegas ke lokasi kejadian..
Setibanya di lokasi, salah seekor biawak itu sempat melarikan diri ke kawasan semak di bahagian belakang rumah tersebut..
Manakala seekor lagi biawak seberat dua kilogram, berjaya ditangkap dengan menggunakan penjerut khas dan tangga oleh anggota bomba dengan bantuan orang awam.
Tambah Zabidin, operasi menangkap reptilia tersebut memakan masa lebih satu jam memandangkan kedudukan biawak tersebut yang tersangkut antara bumbung dan dinding disamping persekitaran yang agak gelap..
Difahamkan, keluarga terbabit sudah lebih tiga bulan tidak kembali ke rumah tersebut kerana telah menetap di Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#biawak
#bomba
#Kampung Padang Limau
#reptilia
#Zabidin Mad Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan