Pasangan halang tugas kakitangan wanita MBSA didakwa

Astro Awani
November 25, 2016 04:27 MYT
Kedua-duanya ditahan dibawah Akta S187 Kanun Keseksaan kerana menganggu-gugat penjawat awam menjalankan tugas. - Gambar fail
Berang dengan tindakan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletakkan kereta, seorang lelaki dan wanita bertindak luar kawalan semalam.
Dalam insiden itu, pasangan itu dipercayai cuba menghalang seorang penjawat awam wanita menjalankan tugas.
Video mempamerkan insiden tersebut telah mula viral sejak semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya mengesahkan penahanan itu.

@PDRMsia sahkan, pasangan ini telah di tkap semlm dan akan dituduh pg ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam 353 KK pic.twitter.com/XMLhWP5ECO

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) November 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-duanya ditahan dibawah Akta S187 Kanun Keseksaan kerana menganggu penjawat awam menjalankan tugas
Selepas ditahan, kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.
Dalam satu kenyataan hari ini, Polis Daerah Sungai Buloh mengesahkan menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 23 tahun yang telah dihalang daripada menjalankan tugasnya di kawasan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada Khamis.
Berdasarkan keterangan mangsa, Nurul Ain Isa, pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta.
Mangsa telah menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan.
Penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas.
#Akta S187 Kanun Keseksaan #Khalid Abu Bakar #Nurul Ain Isa