MALAYSIA
Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama dadah RM3.49 juta
Lelaki dan wanita berusia 29 serta 26 tahun itu ditahan bersama tiga botol cecair ekstasi dalam serbuan pertama di sebuah hotel di Taman Sentosa. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga individu termasuk sepasang kekasih dan merampas dadah seberat 24.41 kilogram (kg) dianggar bernilai RM3.49 juta dalam tiga serbuan di bandar raya ini pada Sabtu dan Ahad lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata lelaki dan wanita berusia 29 serta 26 tahun itu ditahan bersama tiga botol cecair ekstasi dalam serbuan pertama di sebuah hotel di Taman Sentosa.
Beliau berkata seorang lagi lelaki berusia 23 tahun pula ditahan bersama dua katrij vape disyaki berisi cecair ekstasi dan 119.50 gram ekstasi di tepi Jalan Sutera 3.
"Hasil penahanan mereka, polis menyerbu sebuah stor penyimpanan di sebuah pangsapuri yang disewa di Taman Delima 2, di sini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata dadah dirampas di rumah berkenaan terdiri daripada 4.24kg serbuk ekstasi, 132 botol cecair ekstasi, 19.79kg serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA), 74 katrij vape cecair ekstasi, 252 gram pil ekstasi dan 15 gram serbuk ketamin.
Ab Rahaman berkata polis turut menyita sebuah kereta jenis Volkswagen Passat dan seutas rantai leher.
Beliau berkata pasangan kekasih itu dipercayai berperanan sebagai pengedar manakala seorang lagi lelaki pula penjaga stor penyimpanan.
Sindiket yang aktif sejak Julai lepas itu, katanya dipercayai menggunakan pangsapuri terbabit sebagai tempat pembungkusan semula dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan termasuk pusat hiburan dan dijual secara dalam talian.
Ketiga-tiganya kini direman seminggu bermula 21 Sept lepas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA