BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya disambung reman sehingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan diculik dari rumah pengasuhnya di Bukit Tengah, di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tiga lagi yang sebelum ini ditahan bersama pasangan kekasih itu bagi membantu siasatan dibebaskan dengan jaminan polis.
"Remaja perempuan berusia 14 tahun dan teman lelakinya yang berumur 18 tahun itu sahaja disambung reman empat hari bagi membantu siasatan dan berdasarkan siasatan serta arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, kedua-duanya akan didakwa di mahkamah pada Selasa ini. (30 Ogos)
Manakala tiga lagi yang turut ditahan iaitu rakan lelaki mereka (pasangan kekasih), ayah tiri dan ibu kepada kekasih remaja perempuan itu dibebaskan dengan jaminan polis, mereka akan jadi saksi pendakwaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke rumah ibu bapa bayi perempuan yang menjadi mangsa culik itu di sebuah pangsapuri di Taman Pauh, di sini, hari ini bagi melihat perkembangan bayi itu
Mohd Shuhaily berkata, setakat ini, berdasarkan siasatan mendapati kejadian itu tiada elemen mahu menjual bayi berkenaan kepada sesiapa atau sindiket menjual bayi seperti yang tular sebelum ini.
Sementara itu, ibu kepada bayi tersebut, Farisha Amirah Zainal, 24, berkata, anaknya berada dalam keadaan sihat dan selamat ketika ditemui semula namun sehingga kini dia serta suaminya Mohamad Rahimi Abdul Malik,26, masih trauma dengan kejadian berkenaan.
Katanya, beliau yang bekerja kilang telah mengambil keputusan untuk terus berhenti kerja dan mahu menjaga sendiri anak tunggal mereka itu kerana bimbang kejadian serupa berlaku pada masa hadapan malah turut masih trauma dengan insiden berkenaan.
"Berdasarkan pemeriksaan doktor sebaik ditemui semula, anak saya sihat cuma sejak kejadian itu dia selalu terkejut atau menangis semasa tidur waktu malam, mungkin sebab masih terkejut namun Alhamdulillah kami bersyukur dia ditemui selamat," katanya.
Beliau berkata, mereka sekeluarga berterima kasih kepada pihak polis kerana tindakan pantas mereka telah berjaya menahan semua suspek dan menjumpai semula anaknya dalam keadaan selamat dan sihat walaupun sepanjang dilarikan bayi tersebut hanya diberikan susu pekat dicampur air bersama cucur udang sahaja.
Dalam kejadian itu pada Selasa lepas, polis menahan lima individu dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah(SPT), ACP Tan Cheng San dilaporkan, berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita yang berusia 14 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan di Machang Bubok, di sini dan Kulim, Kedah pada hari sama ekoran laporan polis dibuat bapa bayi itu. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tiga lagi yang sebelum ini ditahan bersama pasangan kekasih itu bagi membantu siasatan dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar BERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Polis cekup pasangan kekasih aktif curi tabung derma di Melaka, Johor
Suspek lelaki berusia 33 tahun dan wanita 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota polis.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
Polis tahan pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah
Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok Rabu lepas.
Pasangan kekasih maut nahas empat kenderaan
Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan awal pagi tadi.
Pasangan kekasih lari pemeriksaan polis ditahan
Pasangan kekasih dipercayai berada di bawah pengaruh dadah berjaya ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas Skudai, pada Rabu.
2 pasangan kekasih ditahan disyaki terbabit lebih 15 kes pecah rumah
Polis percaya berjaya menyelesaikan lebih 15 kes pecah rumah dengan penahanan tiga lelaki dan dua wanita dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lepas.
Pasangan kekasih abaikan bayi tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Pasangan kekasih 'berteduh' di motel akibat hujan lebat
Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri dan bukan mahram, bagaimanapun mengaku baharu sahaja bertunang.
Ditangkap khalwat: Beri alasan tumpang tidur, dekat tempat kerja
Siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut mengenali wanita itu yang juga berusia 23 tahun tidak sampai setahun.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.