awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan kekasih maut nahas empat kenderaan

Bernama
Bernama
28/07/2024
02:30 MYT
Pasangan kekasih maut nahas empat kenderaan
Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan pada Ahad. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan di sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Muhammad Haniff Idham Mohd Azmi, 24, dan Nurshabirah Izzani Zulkarnain, 22, kedua-duanya berasal dari Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku pada 3.11 pagi selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Haniff Idham dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik pasukan penyelamat dari arah belakang.
Beliau berkata rempuhan itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa yang bekerja sebagai peniaga bersama bakal tunangnya terbabas lalu melanggar pokok hiasan di tengah pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan.
Menurut Azli, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang datang dari arah Gong Badak menghala ke Kuala Terengganu tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan kereta mangsa.
"Selepas itu, datang pula sebuah kereta melanggar belakang kenderaan SUV berkenaan. Bagaimanapun pemandu kenderaan SUV hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pasangan berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#pasangan kekasih
#pacuan empat roda
#pasukan penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan