CHUKAI: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari, Sabtu lepas.
Nur Aisyah Azila Zairul Akmal, 21, dan Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd Noor, 24, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Berdasarkan pertuduhan kedua-dua mereka secara bersama sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas bayi itu didapati telah mengabaikan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai ayam di Jalan Air Putih di sini antara pukul 7 hingga 7.15 pagi, 18 Mei lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Wan Suhaila kemudiannya membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh jatuh hukum.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Nurul Farhana Shamsudin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Mengikut fakta kes seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai sebuah kedai menjual ayam dengan hanya beralaskan baju dan dalam keadaan menggigil kesejukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi, Sabtu lepas.
Bayi cukup sifat seberat tiga kilogram itu dilahirkan pada 12 Mei lepas di sebuah rumah di Jabur Kubur sebelum ditinggalkan di kedai berkenaan pada 18 Mei, dan Isnin lepas pasangan kekasih itu ditahan di dua lokasi berasingan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Sepasang kekasih mengaku bersalah atas tuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka yang baru berusia tujuh hari, Sabtu lepas. - Foto Bernama
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga Fadhlina
Pemergian Siti Zalikhah yang merupakan balu Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil adalah kehilangan besar kepada negara.
74 jemaah haji Malaysia sedang terima rawatan dibawa ikuti Safari Wukuf
Kesemua pesakit dibawa dengan menggunakan bas khas yang telah diubah suai tempat duduknya menjadi seperti katil, untuk membawa pesakit kritikal ke Padang Arafah.
Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, rata-rata warga asing menganggap anggota KPDN merupakan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana berpakaian seragam.
Naikkan harga perkhidmatan, tiga syarikat pengangkutan di Melaka bakal didakwa
Notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah diberi kepada ketiga-tiga syarikat berkenaan.
PM Jepun desak kerjasama global untuk keamanan Ukraine
PM Jepun, Fumio Kishida, desak pemimpin dunia capai keamanan berterusan di Ukraine, bimbang konflik merebak ke rantau lain, ketika mencari konsensus pelan damai Ukraine.
Penyertaan di Persidangan Buruh Antarabangsa bukti kesungguhan negara - Kesuma
Steven Sim menyuarakan pelbagai perkara berkaitan sektor pekerjaan serta mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan rakan sejawatan dari negara ASEAN yang menyertai persidangan itu.
KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini.
G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris
Meloni berkata idea gencatan senjata Olimpik baharu telah dikemukakan oleh Perancis dalam perbincangan G7.
AWANI Ringkas: Abidin Ismail diumum calon Perikatan Nasional
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK DUN Sungai Bakap: KDN Jamin keselamatan pengundi, 600 polis dikerah bertugas
Semua pihak dinasihat supaya mematuhi undang undang agar sepanjang kempen tidak berlaku perkara yang boleh mencetus ketidaktenteraman awam.
Pasangan kekasih mengaku salah abaikan bayi di kedai ayam
Sepasang kekasih mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari, Sabtu lepas.