MELAKA: Pasangan kekasih berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes buang bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan sehingga menyebabkan kematiannya di semak berhampiran kawasan kilang di Telok Mas di sini, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata remaja perempuan ditahan hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Melaka kerana pendarahan selepas melahirkan bayi tersebut manakala pasangannya ditahan di pekarangan hospital berkenaan pada jam 11 malam, Isnin.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek wanita tersebut melahirkan bayi berkenaan dalam keadaan masih hidup dan disambut teman lelakinya di rumah lelaki berkenaan di Taman Telok Mas di sini, kira-kira 12 tengah malam Ahad lalu.
"Lelaki berkenaan telah memasukkan bayi berkenaan ke dalam satu kotak plastik sebelum dibungkus dalam plastik hitam sebaik dilahirkan untuk dibuang di kawasan semak.
"Bagaimanapun bayi itu kemudian telah diambil semula oleh suspek lelaki itu dan menyerahkannya kepada pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata mayat bayi malang berkenaan akan dibedah siasat kira-kira jam 9 pagi esok bagi mengesan punca sebenar kematian.
Katanya, pasangan kekasih itu pula direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
“Polis Melaka sentiasa memandang serius kes jenayah terutamanya melibatkan kes buang bayi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah terbabit,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Remaja perempuan ditahan hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Melaka kerana pendarahan selepas melahirkan bayi tersebut manakala pasangannya ditahan di pekarangan hospital berkenaan pada jam 11 malam, Isnin. - Gambar hiasan
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis
Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi.
JKM kesan ibu, waris bayi ditinggal dalam beg tepi longkang
JKM Daerah Manjung sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam beg di tepi longkang belakang rumah kedai di Ayer Tawar.
Bayi lelaki ditinggalkan dalam beg di tepi longkang
Seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah beg di tepi longkang belakang sebuah kedai di Ayer Tawar dekat Manjung, semalam.
Bayi lelaki ditemukan dalam bungkusan plastik di Bandar Sunway
Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam bungkusan plastik di tepi jalan di Bandar Sunway, Subang Jaya dekat sini, semalam.
JKM cari waris bayi dijumpai di kedai ayam
JKM Terengganu sedang mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi perempuan yang dijumpai di sebuah kedai ayam di Bukit Jabor, Chukai dekat sini pada 6 Julai lalu.
JKM kesan waris bayi dibuang dalam tong sampah di Klebang
JKM Melaka Tengah memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang di sini, pada bulan lalu.
Buang bayi: Tindakan pantas pegawai perubatan, selamatkan nyawa bayi baru lahir
Polis berkata hasil siasatan mendapati ibu bayi itu belum berkahwin dan bekerja sebagai jurujual, dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
256 kes buang bayi dalam tempoh dua tahun sejak 2020 - Nancy
Sejumlah 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Polis kesan suspek buang bayi tepi longkang di HTAA
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki membuang bayi lelaki yang ditemui di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Bayi baru lahir ditinggalkan di jalan raya, sebelum meninggal dunia
Bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.