awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan pengantin teruja majlis persandingan dihadiri Perdana Menteri

Bernama
Bernama
23/07/2023
05:00 MYT
Pasangan pengantin teruja majlis persandingan dihadiri Perdana Menteri
Anwar menghadiri Program Jom Kahwin pada program Sentuhan Kasih Desa MADANI Negeri Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, hari ini. - Gambar/ Bernama
GUA MUSANG: Tiga pasangan pengantin Orang Asli suku kaum Temiar mencipta kenangan terindah apabila persandingan mereka diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Along Uda, 30, bersama pasangannya Norzulaikha Nubi @ Zulkifli, 24, merupakan antara 20 pasangan mempelai yang diraikan sempena Program Jom Kahwin pada program Sentuhan Kasih Desa MADANI Negeri Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, hari ini.
Along berkata dia dan pasangan bernikah pada September tahun lepas dengan perbelanjaan sebanyak RM4,000 di kampung mereka di Pos Hendropp.
"Kami hanya mampu meraikan tetamu dengan mengadakan kenduri secara kecil-kecilan sahaja.
"Hari ini kami dapat merasakan pengalaman berpakaian pengantin lengkap, disolek, bersanding di atas pelamin, mengadakan jamuan dengan meriah dan juga ada jurugambar yang merakam detik-detik istimewa ini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Bagi pasangan Wahid Ismail, 17, dan Rosnani Ahmad, 19, dari Kuala Betis berkata majlis persandingan yang ditaja Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) banyak membantu dirinya berjimat cermat.
"Saya dan pasangan juga menerima khidmat nasihat pengurusan keluarga secara percuma," katanya.
Pasangan Herry Samad, 19, dan Leyoi Along, 22, turut senada dan berterima kasih kepada pihak KEMAS.
"Terima kasih kepada pihak KEMAS yang prihatin terhadap kebajikan kami golongan B40, dengan pendapatan saya bekerja sebagai penoreh getah memang tidak mampu mengadakan majlis meriah sebegini," katanya.
Pada program tersebut, KEMAS telah memperuntukkan sebanyak RM42,000 bagi membantu pasangan pengantin yang berpendapatan bawah RM4,850 supaya terlepas bebanan hutang untuk menganjurkan majlis perkahwinan.
Majlis berkenaan melibatkan 20 pasangan yang mewakili 15 pasangan Melayu dan lima pasangan Orang Asli, malah pasangan yang menyertai program tersebut akan menerima khidmat nasihat pengurusan keluarga daripada konsultan bertauliah yang dibiaya sepenuhnya oleh KEMAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis perkahwinan
#Orang Asli
#Perdana Menteri
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan