awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan remaja dikecam solat jemaah 'online'

Gempak
Gempak
15/03/2022
00:45 MYT
Pasangan remaja dikecam solat jemaah 'online'
Tindakan tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Furqan Fawwaz yang menganggap ia seolah-olah mempersendakan agama Islam. - Foto Instagram/@furqanfawwaz
DI laman sosial Instagram (IG) dan aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu kecoh apabila ramai pengguna laman sosial mempersoalkan tentang video ‘solat jemaah online pakwe makwe’.
Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.
Rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki menjadi imam secara ‘online’ ketika solat berjemaah bersama kekasihnya menerusi panggilan video.
Tindakan tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Furqan Fawwaz yang menganggap ia seolah-olah mempersendakan agama Islam.
“Ada orang Islam berani buat macam ni? Tak kisahlah negara mana pun yang buat content macam ni tapi kita kena tegur sebab ini adalah solat penghubung antara kita dengan Allah.
“Kita solat untuk minta pada Allah supaya dijauhkan daripada musibah tapi korang buat pula 'content' pergi mintak musibah. View makin banyak.
“Kita tegur supaya anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan 'content' nak kejar populariti sampai sanggup buat apa saja,” katanya.
Di ruangan komen rata-rata pengikut Furqan turut meluahkan rasa marah terhadap pasangan remaja terbabit kerana yang dianggap ‘lapar perhatian’ dengan memuat naik kandungan sedemikian.
View this post on Instagram
A post shared by LembaranJuzukCinta (@furqanfawwaz)
Turut mengulas mengenai perkara tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Ahmad Marzuk berkata, perbuatan sebegitu secara jelas mempermain Islam serta hukum-hakam agama.
Tegas beliau, ia tidak boleh dibiarkan dan wajar diambil tindakan undang-undang.
“Saya nasihatkan, berpada-padalah dalam media sosial, jangan terbawa-bawa sampai buat content berbentuk keagamaan, yang kemudian tular hingga menjejaskan keharmonian masyarakat.
“Perbuatan itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen atau undang-undang.sedia ada jika didapati bersalah,” katanya.
Topic Berkaitan
#solat jemaah
#pasangan remaja
#kecam
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan